Month: April 2026
Mangsa nahas kereta api meningkat
JAKARTA – Memasuki hari kedua, pihak berkuasa Indonesia mengesahkan jumlah korban akibat perlanggaran kereta api di Stesen Bekasi Timur, Jawa Barat, meningkat kepada tujuh orang, manakala 85 lagi cedera. Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Jakarta (BASARNAS), Desiana Kartika Bahari, berkata setakat 7.30 pagi waktu tempatan hari ini, seramai 92 mangsa direkodkan. Beliau berkata, operasi masih tertumpu kepada usaha mengesan dan mengeluarkan mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam gerabak kereta api. “Kami terus mengoptimumkan semua anggota BASARNAS bersama elemen mencari dan menyelamat (SAR). Proses pemindahan dilakukan dengan berhati-hati berikutan kerosakan teruk…
Read MorePertuduhan tambahan insiden tembak
WASHINGTON – Pertuduhan tambahan akan difailkan terhadap lelaki yang didakwa melepaskan tembakan di sebuah jamuan di Washington yang turut dihadiri Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Peguam Negara bagi Daerah Columbia, Jeanine Pirro, memberitahu wartawan pada Isnin bahawa siasatan masih dijalankan dan pertuduhan lanjut akan dikenakan terhadap suspek, Cole Tomas Allen, 31, dari Torrance, California. Allen kini berdepan pertuduhan serius termasuk cubaan membunuh presiden, yang jika disabitkan kesalahan, boleh membawa hukuman penjara seumur hidup. Insiden tersebut merupakan ancaman terbaru terhadap Trump, yang sebelum ini telah berdepan dua cubaan serangan ketika…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 28.04.2026
MCMC diminta bertindak segera
SHAH ALAM 27 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta mengambil tindakan tegas dan segera berhubung satu hantaran bergambar di media sosial yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menteri Besar Amirudin Shari berkata pendirian kerajaan negeri itu telah disampaikan kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam satu pertemuan yang diadakan petang tadi. “Saya akan berhubung rapat dengan Kementerian Komunikasi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung perkembangan siasatan oleh agensi penguat kuasa serta menyembah maklum sebarang kemas kini siasatan kes ini kepada Sultan Selangor,” katanya dalam kenyataan…
Read MoreBN peroleh majoriti mudah di N9
SEREMBAN 27 April – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menyambut baik kesediaan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) untuk bekerjasama demi menjamin kelangsungan pentadbiran kerajaan. Dalam satu kenyataan oleh ADUN BN Negeri Sembilan malam ini, mereka menghargai keprihatinan berkenaan bagi menjamin kelangsungan pentadbiran kerajaan, di mana kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kepartian. “Melalui kenyataan sokongan daripada lima ADUN PN, UMNO BN telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri,” kata kenyataan itu. Ketika ini, BN menguasai 14 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan, manakala Pakatan…
Read MoreDAP tolak usaha tubuh ‘Kerajaan Tebuk Atap’
SEPANG 27 April – DAP akan terus mendukung Kerajaan Negeri Sembilan yang telah diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri 2023 yang lalu, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook. Justeru, kata Ahli Parlimen Seremban itu, DAP akan menolak sebarang usaha untuk menubuhkan “Kerajaan Tebuk Atap” di Negeri Sembilan. “DAP juga memutuskan pendirian bahawa kesemua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Negeri Sembilan akan terus menyokong Datuk Seri Utama Aminuddin Harun kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, “ katanya . Untuk rekod pada Pilihan…
Read MoreAminuddin teruskan tugas MB kerajaan minoriti
SEREMBAN 27 April – Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata setakat ini belum ada pandangan dilontarkan mana-mana pihak supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan. Justeru, beliau akan meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri walaupun 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan kepadanya berkuat kuasa serta merta hari ini. Bercakap pada sidang media di kediaman rasminya di sini, hari ini, beliau menjelaskan sudah menyembah maklum kedudukan semasa ADUN yang menyokongnya kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Baginda katanya, menitahkan supaya pentadbiran semasa…
Read MoreDewan di-Raja Selangor lapor polis
SHAH ALAM 27 April – Ahli Dewan di-Raja Selangor membuat laporan polis susulan hantaran sekeping gambar seekor babi digambarkan dengan pakaian seorang raja berwarna kuning dengan niat menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin. Laporan itu dibuat bagi meminta polis bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengesan pelaku dan mengambil tindakan tegas terhadapnya. Menurut ahli Dewan itu, Datuk Salehuddin Saidin, hantaran tersebut merupakan tindakan sengaja mencetuskan provokasi dan menghina institusi diraja khususnya Sultan Selangor. “Jadi, kami terpanggil untuk memastikan tindakan segera terhadap si pelaku diambil dan menjadi satu pengajaran kepada semua mereka…
Read More5 ADUN PN sedia bersama BN bentuk kerajaan
SEREMBAN 27 April – Perikatan Nasional (PN) negeri sedia bekerjasama dengan UMNO/BN bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO/Barisan Nasional (BN) menarik sokongan kepada Menteri Besar, Aminuddin Harun. Ketua Pembangkang yang juga ADUN Labu mewakili Bersatu , Mohamad Hanifah Abu Baker, menyatakan pendirian itu pada sidang media, selepas mesyuarat tergempar di sebuah hotel di sini. Mohamad Hanifah berkata, lima ADUN PN bersedia untuk bekerjasama dengan 14 ADUN BN Negeri Sembilan untuk menjamin kestabilan dan kelangsungan pentadbiran negeri bagi membangunkan Negeri Sembilan dan…
Read More