Lantikan Ketua Pembangkang tidak mendesak

KOTA BHARU 9 April – Pelantikan jawatan Ketua Pembangkang Perikatan Nasional (PN) bukan keperluan mendesak walaupun Pas sudah mempunyai calon bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, berkata kelewatan pelantikan itu bukan disebabkan ketiadaan calon bersesuaian, sebaliknya mengambil kira faktor masa memandangkan Parlimen baru sahaja selesai bersidang.

“Calon memang sudah ada. Kita cuma belum umumkan lagi sebab Parlimen baru habis bersidang dan tempoh masih lama sebelum persidangan seterusnya.

“Jadi perkara itu belum mendesak kerana kita memang mempunyai beberapa calon, namun setakat ini belum memuktamadkan secara rasmi lagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Konsortium E-Mutiara Berhad, di sini, hari ini.

Ditanya desas desus mengatakan nama Timbalan Presiden,  Tuan Ibrahim Tuan Man yang bakal mengisi jawatan itu, Mohd Amar yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan enggan mengulas perkara berkenaan.

“Saya sendiri tidak tahu kerana bukan saya yang buat keputusan, tunggu lah. Yang pasti nama calon sudah ada, cuma kini dalam proses memuktamadkan,” katanya.

Nnnn

(Foto fb Konsortium E-Mutiara)

Related posts

Leave a Comment