Korea Utara kecam tindakan AS, Korea Selatan

SEOUL – Tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan yang bakal mengadakan latihan ketenteraan bersama mendapat kecaman Korea Utara yang  memberi amaran akan mengambil tindakan balas yang lebih keras. Latihan musim panas selama 11 hari itu dijadualkan bermula Isnin depan bagi mempersiapkan AS dan Korea Selatan daripada ancaman nuklear Korea Utara. Bagaimanapun, Korea Utara menganggap latihan itu sebagai persediaan untuk menceroboh negaranya dan sebagai tanda bantahan, negara itu bertindak melepaskan peluru berpandu balistik ke Laut Jepun baru-baru ini. Jurucakap Kementerian Luar Korea Utara dalam satu kenyataan, semalam berkata, membalas ancaman…

Read More

UAE kecam serangan Iran

DUBAI – Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengecam serangan Iran yang didakwa menyasarkan dua kapal berkaitan Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi (ADNOC) milik kerajaan ketika melalui Selat Hormuz, hari ini. Menurut Kementerian Luar UAE, serangan Iran itu disifatkan sebagai tindakan bermusuhan yang menyasar dua kapal berkaitan ADNOC di Selat Hormuz. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Sementara itu, ADNOC turut mengesahkan insiden yang berlaku itu, namun menegaskan keadaan kini berjaya dikawal. Iran kini menyekat laluan di Selat Hormuz secara menyeluruh dan mahu mengenakan bayaran kepada kapal yang melaluinya iaitu tindakan yang ditentang…

Read More