SEPANG 9 April – Sebuah Boeing 737-8 iaitu pesawat ke-15 jenis itu milik Malaysia Airlines Bhd selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam ini. Menurut syarikat penerbangan nasional itu, ketibaan pesawat berkenaan penghantaran pertama bagi tahun ini menjadi satu lagi langkah bermakna dalam usaha pengembangan kumpulan pesawatnya. “Tambahan terbaharu ini memaparkan komitmen berterusan kami untuk meningkatkan lagi kecekapan operasi serta merealisasikan perjalanan lebih lancar dan selesa untuk penumpang,” menurut Malaysia Airlines dalam hantaran di akaun rasmi platform X. Pesawat berkenaan telah dikendalikan oleh juruterbang iaitu Kapten…
Read MoreDay: April 9, 2026
Malaysia pantau 6 kapal kandas
REMBAU. 9 April – Malaysia akan terus memantau pergerakan enam kapal negara yang masih terkandas di Selat Hormuz susulan perkembangan terkini situasi serantau di Iran, kata Menteri Luar, Mohamad Hasan. Beliau berkata setakat ini hanya satu kapal berjaya keluar ke perairan antarabangsa berkenaan dengan selamat. “Setakat ini hanya satu kapal selamat keluar dan kini menuju kilang penapisan minyak di Pengerang, Johor… ada enam lagi terkandas, kita tengok macam mana dan akan terus memantau,” katanya kepada media di sini, petang ini. Mohamad berkata, enam kapal milik Malaysia yang masih terkandas di…
Read MoreLantikan Ketua Pembangkang tidak mendesak
KOTA BHARU 9 April – Pelantikan jawatan Ketua Pembangkang Perikatan Nasional (PN) bukan keperluan mendesak walaupun Pas sudah mempunyai calon bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan. Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, berkata kelewatan pelantikan itu bukan disebabkan ketiadaan calon bersesuaian, sebaliknya mengambil kira faktor masa memandangkan Parlimen baru sahaja selesai bersidang. “Calon memang sudah ada. Kita cuma belum umumkan lagi sebab Parlimen baru habis bersidang dan tempoh masih lama sebelum persidangan seterusnya. “Jadi perkara itu belum mendesak kerana kita memang mempunyai beberapa calon, namun setakat ini belum memuktamadkan secara…
Read MoreBangunan Sultan Abdul Samad warisan negara
KUALA LUMPUR 9 April – Di sebalik perbincangan dan perdebatan berhubung kos kerja pemulihan Bangunan Sultan Abdul Samad di sini , Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menzahirkan perasaan gembira dengan usaha murni Khazanah Nasional membangunkan serta memulihara semula bangunan itu. Titah baginda, bangunan yang mempunyai nilai sejarah amat besar itu adalah warisan negara yang perlu dimartabatkan. Sultan Sharafuddin bertitah, baginda pernah menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan beberapa bangunan bersejarah Selangor di ibu kota, yang dilihat semakin terabai sekitar 2018 dan 2019. “Beta bimbang akhirnya nanti tiada lagi bukti kewujudan warisan…
Read MoreTeliti formula harga diguna Thailand
SEPANG 9 April – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyarankan kerajaan melihat semula formula yang digunakan oleh Thailand untuk menentukan harga minyak selepas negara itu berjaya menurunkan harga diesel bermula hari ini. Beliau pada masa yang sama juga secara sinis menyarankan kerajaan mencari semula raja formula yang sebelum ini pernah mendakwa mampu menurunkan harga minyak dengan mudah. Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu berkata, tindakan Thailand menurunkan harga minyak di negara itu seiring dengan harga minyak dunia namun di Malaysia berlaku sebaliknya. “Pada minggu lepas kerajaan Thailand telah…
Read MoreBerita pilihan….
AS tidak janji gencatan libatkan Lubnan
BUDAPEST – Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance, berkata, AS tidak pernah membuat janji gencatan senjata perang merangkumi Lubnan. Justeru beliau menggesa Iran supaya tidak membiarkan perjanjian gencatan senjata yang rapuh itu runtuh, susulan serangan Israel ke atas Lubnan, beberapa hari sebelum beliau dijadual mengetuai rundingan dengan Tehran di Pakistan. “Saya fikir pihak Iran menganggap gencatan senjata itu merangkumi Lubnan, tetapi sebenarnya tidak. Kami tidak pernah membuat janji itu. “Jika Iran mahu membiarkan rundingan ini gagal disebabkan isu Lubnan, yang tiada kaitan dengan mereka, dan yang tidak pernah sekali…
Read MoreLubnan tiada dalam gencatan senjata
DUBAI – Lubnan tidak termasuk dalam gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Pendirian itu ternyata bercanggah dengan kenyataan Pakistan yang menjadi pengantara perjanjian itu. Iran puka menegaskan bahawa Lubnan termasuk dalam perjanjian itu, menandakan satu perbezaan utama mengenai gencatan senjata yang rapuh untuk menamatkan konflik. Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata perang Israel ke atas Hezbollah di Lubnan mesti dihentikan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu. Dunia melihat pembunuhan beramai-ramai di Lubnan,” katanya dalam satu hantaran di X. “Bola kini berada di…
Read More