VIENNA – Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, yang dikenali sebagai OPEC+, memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran minyak sebanyak 206,000 tong sehari bulan depan.
Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat secara maya yang disertai Arab Saudi, Rusia, Iraq, Emiriyah Arab Bersatu, Kuwait, Kazakhstan, Algeria dan Oman, meneliti keadaan serta prospek pasaran global.
Lapan negara OPEC+ itu menegaskan kepentingan kritikal untuk melindungi laluan maritim antarabangsa bagi memastikan aliran bekalan tenaga berjalan lancar.
Mereka juga menyuarakan kebimbangan terhadap serangan ke atas infrastruktur tenaga yang menjejaskan keseluruhan ketersediaan bekalan.
OPEC+ menegaskan bahawa usaha memulihkan aset tenaga yang rosak kepada kapasiti penuh bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi, malah mengambil masa lama.
Mereka dijadual mengadakan mesyuarat semula pada 3 Mei ini bagi membuat keputusan selanjutnya.
