Rafizi dakwa hubungan istimewa PM, Ramanan

SEPANG 7 April – Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri mempunyai hubungan istimewa dengan R.Ramanan sehingga sanggup melanggar janji untuk tidak membawa Ahli Parlimen Sungai Buloh itu menganggotai Kabinet. Justeru bekas Timbalan Presiden PKR yang juga bekas Menteri Ekonomi itu berharap orang ramai dapat  menilai sendiri bahawa Anwar Ibrahim sudah terikat dengan beberapa orang seperti Ramanan. Rafizi dalam perkongsian menerusi video di Facebooknya mendedahkan bagaimana Ramanan dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) lalu di kawasan Parlimen Sungai Buloh yang sepatutnya ditandingi penyandang, R.Sivarasa. Pendedahan Rafizi itu susulan kekecohan di Konvensyen…

Read More

Digalakkan berbaju batik setiap hari bekerja

SEPANG 6 April – Penjawat awam digalakkan memakai baju batik setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat susulan langkah menyelaras suhu penyaman udara kepada minimum 24 darjah Celsius bagi penjimatan tenaga. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,  Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata ketetapan itu selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.3 mengenai Etiket Pakaian dan Penampilan pegawai awam. Di bawah perenggan 5, Jadual 1 (iii): Pakaian Pegawai Lelaki Ketika Menjalankan Tugas dan perenggan 8, Jadual 2 (ii): Pakaian Pegawai Wanita Ketika Menjalankan Tugas, pemakaian baju batik adalah diwajibkan setiap…

Read More

Sunway gagal ambil alih IJM

SEPANG 6 April – Sunway Berhad (Sunway) gagal mengambil alih IJM Corp Bhd (IJM);selepas hanya berjaya memperoleh 1.17 bilion saham IJM, mewakili 33.43 peratus daripada jumlah keseluruhan saham berhak mengundi. Pemegang saham IJM menolak tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat oleh Sunway ke atas semua saham biasanya selepas tempoh penerimaan ditutup pada pukul 5 petang tadi, 6 April. Maybank Investment Bank Berhad (Maybank IB) dalam makluman di Bursa Malaysia mengesahkan perkara itu berikutan kegagalan memenuhi syarat penerimaan. Menurutnya, Sunway tidak menerima penerimaan sah yang mencukupi untuk membolehkan pegangan melebihi 50 peratus saham…

Read More

Doktor mangsa tipu rugi RM270,000

JOHOR BAHRU 6 April  – Seorang doktor pediatrik sebuah hospital kerajaan di sini, kerugian RM270,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham atas talian yang tidak wujud. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan daripada mangsa lelaki tempatan berusia 40 tahun. Katanya, kejadian bermula apabila mangsa menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang menawarkan pelaburan saham dengan pulangan tinggi sebelum dipujuk memuat turun aplikasi dikenali sebagai “WLS.” “Mangsa kemudian diarahkan oleh suspek untuk membuat beberapa pemindahan wang ke akaun yang berbeza bagi…

Read More

6 anak YKM cemerlang SPM

TAMPIN 6 April – Enam daripada 32 anak-anak Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatat keputusan cemerlang. Pengerusi YKM,  Ismail Sabri Yaakob berkata, kejayaan itu bukan sekadar pencapaian akademik, sebaliknya mencerminkan kekuatan jiwa, ketabahan serta keazaman tinggi dalam menghadapi cabaran kehidupan. Menurutnya, ia membuktikan setiap anak Malaysia berpotensi melakar kejayaan membanggakan dengan sokongan berterusan serta peluang yang saksama. Mereka yang berkenaan adalah Aisyah Maharuddin (10A) dari Sekolah Menengah Agama Repah; Nur Aqilah Alya Mohamad (9A) Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar dan Nurhanani Ainan Khafizan (9A)…

Read More

“Rantau Asia Barat bakal terbakar”

TEHRAN – Ancaman dan tindakan melulu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap Iran akan menyebabkan ‘seluruh rantau Asia Barat bakal terbakar’. Speaker Parlimen Iran yang berpengaruh, Mohammad Bagher Ghalibaf yang memberi amaran itu menegaskan, tindakan dan ancaman Trump itu juga hanya akan menjerumuskan AS dan rakyatnya ke kancah kemusnahan. Menerusi hantaran di laman X dalam bahasa Inggeris semalam, beliau menegaskan, tindakan dan ancaman Trump itu juga hanya akan menjerumuskan AS dan rakyatnya ke kancah kemusnahan. “Tindakan melulu anda akan mengheret Amerika Syarikat ke ‘neraka dunia’ bagi setiap keluarga, dan…

Read More

Tingkat pengeluaran minyak

VIENNA – Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, yang dikenali sebagai OPEC+, memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran minyak sebanyak 206,000 tong sehari bulan depan. Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat secara maya yang disertai Arab Saudi, Rusia, Iraq, Emiriyah Arab Bersatu, Kuwait, Kazakhstan, Algeria dan Oman, meneliti keadaan serta prospek pasaran global. Lapan negara OPEC+ itu menegaskan kepentingan kritikal untuk melindungi laluan maritim antarabangsa bagi memastikan aliran bekalan tenaga berjalan lancar. Mereka juga menyuarakan kebimbangan terhadap serangan ke atas infrastruktur tenaga yang menjejaskan keseluruhan ketersediaan bekalan. OPEC+ menegaskan bahawa usaha memulihkan…

Read More