“Rantau Asia Barat bakal terbakar”

TEHRAN – Ancaman dan tindakan melulu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap Iran akan menyebabkan ‘seluruh rantau Asia Barat bakal terbakar’.

Speaker Parlimen Iran yang berpengaruh, Mohammad Bagher Ghalibaf yang memberi amaran itu menegaskan, tindakan dan ancaman Trump itu juga hanya akan menjerumuskan AS dan rakyatnya ke kancah kemusnahan.

Menerusi hantaran di laman X dalam bahasa Inggeris semalam, beliau menegaskan, tindakan dan ancaman Trump itu juga hanya akan menjerumuskan AS dan rakyatnya ke kancah kemusnahan.

“Tindakan melulu anda akan mengheret Amerika Syarikat ke ‘neraka dunia’ bagi setiap keluarga, dan seluruh rantau kami akan terbakar kerana anda berkeras mengikut telunjuk (Perdana Menteri Israel) Benjamin Netanyahu,” katanya.

Ghalibaf turut menambah bahawa satu-satunya jalan penyelesaian sebenar bagi meredakan ketegangan di rantau itu adalah dengan menghormati hak rakyat Iran.

“Penyelesaian sebenar adalah dengan menghormati hak rakyat Iran dan menghentikan permainan berbahaya ini,” tegas beliau lagi.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika ketegangan di Asia Barat terus memuncak, membabitkan siri serangan udara dan operasi ketenteraan yang membabitkan sekutu rapat AS iaitu Israel.

Iran mengecam keras ancaman terbaru Trump yang memberi amaran akan Imelancarkan serangan besar-besaran ke atas infrastruktur penting Iran sekiranya Selat Hormuz tidak dibuka semula, sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berpotensi mencetuskan jenayah perang.

Ancaman itu disuarakan Trump menerusi satu kenyataan di platform media sosial Truth Social pada hujung minggu lalu, di mana beliau menetapkan tarikh akhir baharu kepada Tehran untuk membuka semula Selat Hormuz, laluan strategik yang mengendalikan kira-kira satu perlima bekalan minyak dan gas dunia.

Nnnj

Related posts

Leave a Comment