AS akan ambil uranium diperkaya Iran

HAMILTON – Washington akan mengambil uranium diperkaya milik Iran jika Amerika Syarikat (AS) mencapai perjanjian dengan negara itu, kata Presiden Donald Trump.

“Jika kita mempunyai perjanjian dengan mereka, kita akan ke sana dan kita sendiri akan mengambilnya,” katanya..

Sambil menyatakan bahawa pusingan terbaru rundingan antara Washington dan Tehran berlaku kelmarin, tetapi dinafikan Iran, Trump berkata, Iran sangat mahu mencapai perjanjian dan AS juga mahu mencapai perjanjian.

Trump yang bercakap kepada pemberita sebelum berlepas bagi lawatan ke selatan AS menambah “Kami akan berhubung hari ini, mungkin melalui telefon,”.

Beliau yang Mendakwa bahawa adalah “sangat sukar” bagi pegawai Iran untuk keluar dari negara itu, Trump berkata pegawai AS dan Iran akan bertemu secara bersemuka “pada satu ketika, dalam masa terdekat.”

Mengenai pengumumannya lebih awal hari itu berhubung penangguhan selama lima hari terhadap serangan ke atas kemudahan tenaga Iran, Trump berkata: “Kita akan lihat bagaimana perkembangannya, dan jika ia berjalan lancar, kita akan menyelesaikan perkara ini,”.

Nnn

Related posts

Leave a Comment