Rabu, Jumaat pilihan WFH di Indonesia

JAKARTA – Bagi mengurangkan penggunaan bahan api, Indonesia sedang menimbangkan hari bekerja dari rumah (WFH) mingguan wajib, sama ada Rabu atau Jumaat, untuk kakitangan pemerintah pusat.

Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa berkata, dasar itu adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk mengurangkan penggunaan tenaga, di mana  boleh mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 20 peratus daripada paras biasa.

Katanya, hari Jumaat yang mempunyai waktu kerja yang paling singkat sedang dipertimbangkan sebagai hari WFH pilihan, dengan alasan waktu kerja yang lebih pendek disebabkan oleh rehat tengah hari yang dilanjutkan untuk solat Jumaat.

Rancangan itu dijangka diperkenalkan selepas cuti Aidilfitri untuk kakitangan pemerintah pusat, dengan kemungkinan diluaskan kepada pekerja sektor swasta dan pemerintah wilayah.

Sementara itu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tito Karnavian, berkata pemerintah wilayah sudah biasa dengan aturan seumpamanya dan boleh melaksanakan dasar itu sambil mengekalkan perkhidmatan penting.

Katanya, perkhidmatan penting seperti pengangkutan, perkhidmatan kecemasan, hospital dan sanitasi mesti diteruskan.

Dalam pada itu, pemerintah wilayah Jawa Timur telah memilih untuk melaksanakan WFH setiap Rabu bermula awal April 2026 – selaras dengan inisiatif penjimatan tenaga pemerintah pusat.

Di Surabaya, Gabenor Khofifah Indar Parawansa berkata, mulai minggu depan, WFH akan dilaksanakan pada setiap Rabu dan pekerja akan bekerja di lokasi pada Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat.

Katanya, hari Jumaat sering dilihat sebagai permulaan hujung minggu yang panjang dan berpotensi meningkatkan perjalanan dan penggunaan bahan api.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment