BEIRUT – Tiga wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan semalam yang turut melibatkan seorang koresponden terkenal rangkaian televisyen Al-Manar milik Hizbullah.
Tentera Israel dalam satu kenyataan mengesahkan pembunuhan wartawan Al-Manar, Ali Shoeib, tetapi mendakwa mangsa beroperasi dalam organisasi Hizbullah di bawah samaran sebagai seorang pengamal media.
Menurut laporan media, Ali Shoeib dan Fatima Ftouni daripada saluran Al-Mayadeen yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan pergerakan disokong Iran, terbunuh dalam serangan di Jezzine bersama Ftouni yang bertugas sebagai jurukamera.
Kedua-dua rangkaian berita Al-Mayadeen dan Al-Manar mengesahkan kematian kakitangan mereka, yang mana Shoeib dikenali sebagai antara koresponden perang yang membuat liputan mengenai serangan Israel di Lubnan selama beberapa dekad.
Dalam pada itu, tentera Israel mempertahankan tindakan mereka dengan mendakwa bahawa Shoeib menjadi sasaran kerana didakwa beroperasi secara sistematik bagi mendedahkan lokasi tentera Israel (IDF) yang bertugas di selatan Lubnan dan di sepanjang sempadan.
Rejim zionis mendakwa mereka berjaya membunuh lebih 800 ahli Hizbullah melalui serangan udara, laut, dan darat sejak tercetusnya peperangan terbaru ini.
Nnnn
