Apa mekanisme bantu golongan 10 peratus

KUALA LUMPUR 26 Mac – “Siapa 10 peratus yang terpaksa terjejas kehidupannya?” itu persoalan Ketua Pemuda UMNO,  Dr. Akmal Saleh berhubung pelarasan kuota BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter tidak menjejaskan 90 peratus rakyat. Dr Akmal menegaskan kerajaan tidak boleh membiarkan golongan tersebut bergantung kepada angka dan menyesuaikan diri dengan pelarasan kuota yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Justeru beliau  menggesa kerajaan memperjelas mekanisme khas bagi membantu golongan 10 peratus yang terjejas susulan pelarasan kuota BUDI95 itu. “Saya memahami keperluan kerajaan untuk mengurus subsidi secara lebih tersasar…

Read More

Kuota BUDI95 diturunkan mulai 1 April

PUTRAJAYA 26 Mac – Mulai 1 April ini, kerajaan akan menyelaraskan sementara kelayakan penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan berkuat dalam usaha memastikan subsidi bahan api terus dinikmati majoriti rakyat. Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim, berkata langkah itu diambil sebagai pendekatan bersasar susulan ketidaktentuan pasaran minyak global dan kesan konflik di Asia Barat terhadap bekalan serta ekonomi dunia. Katanya, penyelarasan itu tidak menjejaskan sebahagian besar pengguna memandangkan data menunjukkan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan. “Kita dapati, purata penggunaan BUDI95 adalah sekitar 100 liter, maknanya majoriti…

Read More

RM9.5 juta ‘yuran perkhidmatan’ bukan ‘kaw tim’

SEPANG 26 Mac  – Ahli perniagaan, Victor Chin mendakwa bayaran RM9.5 juta, yang dipercayai disalurkan kepada kumpulan mafia korporat bukannya rasuah sebaliknya ‘yuran perkhidmatan’ yang dibuat dalam situasi ekstrem bagi menghentikan permusuhan terhadap individu-individu yang dipercayai ada kaitan dengannya. Dalam satu kenyataan, beliau berkata bayaran itu bukan dibuat untuk ‘kaw tim’ dengan mana-mana agensi penguatkuasaan atau menutup sebarang siasatan dan menyelesaikan dakwaan salah laku terhadapnya. Beliau dimaklumkan, pembayaran itu akan disalurkan kepada kumpulan mafia korporat bagi memuaskan hati mereka, menghentikan tindakan permusuhan terhadap mereka di sekelilingnya dan memberi beliau peluang…

Read More

BUDI Diesel Agro Komoditi naik RM100

PUTRAJAYA 26 Mac – Berkuat kuasa mulai 17 Mac lalu, kerajaan telah menaikkan bantuan tunai secara interim bagi penerima BUDI Diesel Individu dan BUDI Diesel Agri-Komoditi sebanyak RM100 menjadikan RM300. Menurut Kementerian Kewangan (MoF), langkah ini bagi membantu meringankan beban pengguna diesel susulan kenaikan harga minyak global. Semalam MoF dalam kenyataannya berkata, kerajaan kekal komited untuk melindungi kesejahteraan rakyat dalam keadaan pasaran minyak global yang tidak menentu. Kerajaan akan terus memastikan manfaat dikembalikan kepada rakyat dengan melindungi mereka daripada tekanan kenaikan kos bahan api. Antara langkah yang diambil bagi melindungi…

Read More

Nasihat Seri Paduka hadapi cuaca panas

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihati rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini yang dijangka berlarutan sehingga awal atau pertengahan Jun ini. Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menekankan kepentingan menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas serta memastikan pengambilan air yang mencukupi sepanjang tempoh berkenaan. Sultan Ibrahim turut bertitah supaya Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian serius berkenaan perkara itu bagi memastikan kesihatan murid serta pelajar tidak terjejas berikutan fenomena…

Read More

Diesel: Urus negara tanpa bebankan rakyat

SEPANG 26 Mac  – Parti Putra mencadangkan satu dasar jelas, menggunakan lebihan hasil minyak untuk melindungi rakyat melalui “Windfall Allocation Rule”, di mana sekurang-kurangnya 30 peratus disalurkan kepada penstabilan harga diesel. Presiden Putra, Ibrahim Ali berkata, subsidi mesti bersasar kepada sektor yang menggerakkan ekonomi rakyat seperti logistik makanan, petani, nelayan dan perusahaan kecil, dengan kawalan ketat melalui sistem kad, kuota dan pemantauan digital bagi menghentikan ketirisan. Di samping itu kerajaan juga mesti menetapkan julat harga diesel yang stabil supaya rakyat tidak terus terdedah kepada kejutan pasaran global setiap kali harga…

Read More

Rasuah RM9.5 juta: PN minta siasatan segera

SEPANG 26 Mac – Perikatan Nasional (PN) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan menyeluruh, bebas dan telus terhadap dakwaan Ahli Parlimen PKR menerima rasuah bernilai hampir RM10 juta. Setiausaha Agung PN,  Takiyuddin Hassan, berkata siasatan segera itu perlu dibuat tanpa selindung bagi memastikan kebenaran ditegakkan tanpa campur tangan mana-mana pihak atau individu. Pada masa sama, PN juga, menggesa kerajaan, terutama kepemimpinan PKR memberikan penjelasan segera kepada rakyat, selain bekerjasama penuh dalam siasatan dijalankan. “Kegagalan menangani dakwaan ini secara terbuka dan berintegriti hanya akan…

Read More

Situasi di Gaza tidak boleh berulang di Lubnan

BEIRUT – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memberi amaran bahawa situasi di Gaza tidak boleh berulang di Lubnan. Beliau berkata Hizbullah perlu menghentikan serangan ke atas Israel, manakala Israel juga mesti menghentikan operasi ketenteraan dan serangan di Lubnan yang memberi kesan besar kepada orang awam. Semalam, Hizbullah berkata pihaknya melancarkan lebih 80 serangan terhadap Israel iaitu jumlah terbesar yang didakwa kumpulan yang disokong Iran itu sejak permulaan perang terbaharu. Ia juga menyatakan sudah menyerang tentera Israel di sembilan bandar sempadan. Dalam usaha menamatkan pertempuran, Presiden Lubnan, Joseph…

Read More

Selesema burung, 22,000 unggas dilupus

NEW DELHI – Lebih 22,000 unggas dilupuskan pihak berkuasa di negeri Chhattisgarh, tengah India, susulan penularan wabak Avian Influenza (selesema burung). Selesema burung ialah penyakit pernafasan yang amat berjangkit dalam kalangan unggas, disebabkan oleh virus H5N1 dan dalam kes tertentu boleh menjangkiti manusia. Wabak itu melanda kawasan Koni di Daerah Bilaspur, kira-kira 128 kilometer (km) di utara Raipur, ibu negeri Chhattisgarh. Menurut pegawai, kira-kira 4,744 ekor ayam daripada 5,037 yang diternak di sebuah ladang ternakan milik kerajaan mati, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk daerah itu dan kawasan sekitarnya, mendorong pihak…

Read More