MELAKA 22 Mac – Berikutan keadaan cuaca panas dan berangin, penduduk di negeri ini diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka, bagi mengelakkan risiko kebakaran yang boleh merebak dengan cepat. Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, berkata semua pihak perlu sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa berkaitan. Katanya, sebelum ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengeluarkan peringatan kepada orang ramai supaya mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini. “Justeru, saya berharap seluruh rakyat di…
Read MoreDay: March 22, 2026
Pendekatan depani impak ekonomi global
SEPANG 22 Mac – Malaysia memerlukan pendekatan ‘non-partisan’ yang mengutamakan negara lebih daripada kepentingan politik kepartian, bagi menangani impak ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meruncing susulan konflik di Asia Barat. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua pihak pihak perlu dilibatkan secara menyeluruh dalam satu forum seumpama Majlis Perundingan dan Intervensi, agar setiap keputusan yang dibuat benar-benar mencerminkan kepentingan negara secara kolektif. “Pendekatan ini bukan soal politik, tetapi soal kelangsungan negara dan Malaysia tidak boleh bergerak secara berpecah mengikut garis kepartian sebaliknya mesti menghimpunkan kekuatan seluruh negara…
Read MoreKM sedia laporan kadar cukai tanah
TANJONG 22 Mac – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, akan menyediakan satu laporan mengenai pelaksanaan kadar cukai tanah baharu yang berkuat kuasa awal than ini dan akan diserahkan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. Dalam satu kenyataan, hari ini, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Loke kerana sudi mengaturkan mesyuarat membabitkan tiga pihak bagi membincangkan isu kenaikan kadar cukai tanah di Pulau Pinang. Loke yang juga Menteri Pengangkutan semalam berkata, beliau akan mengatur pertemuan antara Kon Yeow dengan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bagi menyelesaikan pertikaian berterusan mengenai…
Read MoreLebih 1,500 korban di Iran
TEHRAN – Kementerian Kesihatan Iran melaporkan, angka kematian akibat siri serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas negara itu kini melebihi 1,500 orang, terus meningkat sejak Washington dan Tel Aviv melancarkan serangan besar-besaran bermula 28 Februari. Menurut maklumat Kementerian itu, data terdahulu menunjukkan sekurang-kurangnya 1,444 maut dan lebih 18,500 cedera. Serangan AS-Israel bermula selepas tindakan ketenteraan kontroversial yang menyasarkan kemudahan strategik Iran, termasuk tapak pengayaan nuklear dan pangkalan tentera. Iran bertindak balas dengan melancarkan gelombang serangan ke atas sasaran Israel dan pangkalan tentera AS di rantau Teluk. Kemusnahan…
Read MoreAS ugut Iran hapus loji janakuasa
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) memberi amaran akan menyerang dan “menghapuskan” loji-loji janakuasa utama negara itu sekiranya Selat Hormuz tidak dibuka sepenuhnya dalam tempoh 48 jam. Presiden Donald Trump, mengeluarkan ugutan terbaharu melalui platform media sosial beliau, Truth Social, pada Sabtu. Ancaman itu sekali lagi meningkatkan ketegangan dalam konflik AS–Israel–Iran yang kini memasuki minggu ketiga dengan serangan saling balas di seluruh rantau Asia Barat. Selat Hormuz merupakan laluan penting untuk eksport minyak global, dengan kira-kira 20 peratus petroleum dunia melalui laluan sempit antara Iran dan Oman itu. Sejak bermulanya serangan…
Read More