46 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 4 Nov. – Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 46 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 29,091 kes, daripada 2,481,267 kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data Kementerian di portal COVIDNOW, sejumlah lapan daripada 46 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik itu.

Sementara itu, terdapat 67,160 kes aktif Covid-19 di seluruh negara yang mana 51,856 individu atau 77.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 9,008 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,750 kes dirawat di hospital dan 546 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 260 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 286 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment