Hishmmuddin sambut pelawaan Rumah Bangsa

SEPANG – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedia untuk kembali berjuang bersama UMNO jika penggantungan keahliannya selama enam tahun ditarik balik oleh parti itu. Ahli Parlimen Sembrong itu yang sudah menjalani ‘hukuman’ selama tiga tahun berkata, selama ini beliau tidak pernah keluar parti dan untuk bersama UMNO bukanlah keputusan sukar baginya. “Jadi hari ini apabila pimpinan telah membuat pendirian, saya rasa penting beritahu kepada warga Sembrong dan pimpinan UMNO Sembrong terlebih dahulu bahawa tak timbul masalah langsung bagi saya untuk terima apa yang dinyatakan presiden parti. “Yang…

Read More

Pertemuan pemimpin Bersatu, Pejuang

SEPANG 12 Mac  – Agenda penyatuan dan kerjasama adalah mesej sering dulangi dalam pertemuan antara kepemimpinan Pejuang dan Bersatu, termasuk yang diadakan awal pagi tadi. Menerusi entri di Facebook Parti Pejuang Tanah Air, hari ini, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir telah mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin Yassin di kediaman Presiden Bersatu itu. “Perjumpaan sekitar dua jam ini memperlihat kedua pemimpin serta rakan-rakan parti masing-masing bertukar pandangan tentang situasi politik semasa serta isu-isu yang mendampingi rakyat kebanyakan. Pejuang dan Bersatu di akhir perjumpaan melahirkan ketetapan dan komitmen  untuk sama-sama mempertahan perjuangan demi bangsa,…

Read More

Pulau Pinang teruskan Rumah Terbuka

TANJONG 12 Mac – Rumah Terbuka Aidilfitri di negeri ini akan terus diadakan secara sederhana walaupun terdapat saranan kerajaan pusat untuk tidak menganjurkan majlis sedemikian bagi agensi kerajaan. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata setakat ini kerajaan negeri belum menerima sebarang pekeliling rasmi daripada Ketua Setiausaha Negara mengenai saranan itu. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan tiada penganjuran rumah terbuka bagi agensi kerajaan sebagai langkah penjimatan bagi mendepani kesan konflik di Asia Barat. Kon Yeow berkata, majlis rumah terbuka ini adalah satu tradisi untuk menyantuni rakyat dan selama…

Read More

Ada apa pada sehelai selendang

SECARA ringkas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hanna Yeoh menjawab persoalan ramai mengenai pemakaian selendang ketika menghadiri majlis berbuka puasa di masjid dan surau sepanjang Ramadan ini. Menerusi hantaran “Ada apa pada sehelai selendang?” menerusi Facebooknya, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu menjelaskan mengenai adab memasuki rumah ibadat sama ada masjid atau surau. Ahli Parlimen Segambut itu menyampaikan penjelasan dalam bentuk pantun, iaitu Dipakai dikata sekadar wayang Tanpanya pula dituduh tak hormat, Apa pun asalkan hati itu tenang, Hanya Tuhan sahaja Pemberi rahmat. “Bulan Ramadan ini saya hadir…

Read More

Qatar gesa UNSC bertindak segera

NEW YORK – Qatar menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengambil tindakan segera untuk menghentikan serangan Iran ke atas negara-negara di seluruh Asia Barat. Sheikha Alya Ahmed bin Saif Al Thani, duta Qatar ke PBB pada mengecam serangan peluru berpandu dan dron Iran terhadap sasaran di seluruh rantau itu sebagai “pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.” Beliau yang bercakap kepada para pemberita di ibu pejabat PBB di New York  memberi amaran bahawa kegagalan bertindak akan menghantar “isyarat berbahaya.” “Serangan berterusan terhadap wilayah kami oleh Republik Islam Iran tidak…

Read More

Iran tidak sertai Piala Dunia

TEHRAN – Iran tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2026, susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas negara itu, yang mengorbankan pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.  Menteri Sukan dan Belia, Ahmad Donyamali berkata, pasukan Iran dijadualkan bermain tiga perlawanan peringkat kumpulan dalam kejohanan yang diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, yang akan bermula pada 11 Jun. Iran dijangka berdepan New Zealand dan Belgium di Los Angeles masing‑masing pada 15 dan 21 Jun, serta Mesir di Seattle pada 26 Jun. Terdahulu pada Rabu, Presiden…

Read More