Iran tidak sertai Piala Dunia

TEHRAN – Iran tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2026, susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas negara itu, yang mengorbankan pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei. 

Menteri Sukan dan Belia, Ahmad Donyamali berkata, pasukan Iran dijadualkan bermain tiga perlawanan peringkat kumpulan dalam kejohanan yang diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, yang akan bermula pada 11 Jun.

Iran dijangka berdepan New Zealand dan Belgium di Los Angeles masing‑masing pada 15 dan 21 Jun, serta Mesir di Seattle pada 26 Jun.

Terdahulu pada Rabu, Presiden Fifa, Gianni Infantino berkata, Presiden AS, Donald Trump memaklumkan bahawa Iran “dialu-alukan untuk bertanding” pada kejohanan musim panas ini.

Bagaimanapun dalam satu wawancara dengan Rangkaian Sukan IRIB pada Selasa, Donyamali berkata: “Memandangkan kerajaan yang korup ini telah membunuh pemimpin kami, dalam apa jua keadaan sekalipun kami tidak mempunyai syarat yang sesuai untuk menyertai Piala Dunia.

“Pemain-pemain kita tidak selamat dan syarat untuk menyertai tidak wujud.”

Menurut  Donyamali, sepanjang lapan atau sembilan bulan lalu, dua perang dikenakan ke atas Iran dan beribu-ribu rakyat terbunuh dan menjadi syahid dan menyatakan Iran pasti tidak mempunyai kemampuan untuk menyertai..

Related posts

Leave a Comment