SEPANG 10 Mac – Ketua Srikandi Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin, digantung keahlian parti selama dua penggal atau enam tahun kerana melanggar perlembagaan dan kod tatakelakuan.
Notis penggantungan berkenaan dikongsi Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, hari ini.
Menurut notis yang dikongsikan Mas Ermieyati, beliau dikenakan tindakan kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli
“Akhirnya saya digantung. Setakat itu sahaja lembaga disiplin mampu bagi. Bagi saya, syukur Alhamdulillah. #Reset all the way,” katanya menerusi hantaran itu.
Terdahulu, Naib Presiden Bersatu, Dr Ronald Kiandee turut digantung keahlian parti selama dua penggal berkuat kuasa hari ini.
Kiandee dan Mas Ermieyati adalah antara individu yang menghadiri satu perhimpunan menyokong Hamzah Zainudin pada 14 Februari lalu, sehari selepas bekas timbalan presiden parti itu dipecat.
Hamzah sebelum ini melancarkan gerakan “Reset” bagi mengamalkan prinsip-prinsip yang diketengahkan gerakan berkenaan dan disifatkannya sebagai asas untuk pembetulan, penambahbaikan serta pengukuhan kekuatan negara secara kolektif.
Dalam surat penggantungan itu, mereka turut dilucutkan semua jawatan dan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan bagi pihak parti sehingga tempoh penggantungan tamat.
Sebelum ini, kedua-duanya menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin parti berhubung beberapa dakwaan.
Terdahulu, Bersatu mengumumkan penggantungan keahlian Naib Presiden Ronald Kiandee, dan Ketua Srikandi Datuk Mas Ermieyati Samsudin manakala berkuat kuasa serta-merta
Keputusan penggantungan selama dua penggal pemilihan parti itu dibuat oleh Lembaga Disiplin Bersatu selepas kedua-dua pemimpin berkenaan didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Parti serta kod etika ahli.
Melalui notis yang dikongsikan di media sosial, Lembaga Disiplin Bersatu memaklumkan bahawa kedua-dua pemimpin itu digantung selama dua penggal pemilihan, dilucutkan daripada semua jawatan parti dan dilarang mengeluarkan kenyataan bagi pihak parti sepanjang tempoh tersebut.
Tindakan disiplin ini dikaitkan dengan sokongan terbuka mereka terhadap Hamzah , yang telah dipecat daripada parti bulan lalu.
Nnnn
