Amanah sasar 30 kerusi PRU16

PUTRAJAYA  10 Mac – Parti Amanah menyasarkan untuk bertanding sehingga 30 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), berbanding rekod sebelum ini sekitar 25 hingga 28 kerusi, kata Timbalan Presidennya, Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata jumlah itu realistik berdasarkan prestasi lalu memandangkan parti pernah memenangi 11 kerusi pada 2014, namun kini hanya memiliki lapan kerusi. Menurutnya, angka kerusi ditandingi sebelum ini dijadikan penanda aras, namun parti tidak menolak kemungkinan menambah satu hingga tiga kerusi lagi di beberapa negeri yang dilihat berpotensi termasuk Sabah dan Johor. Katanya, pemilihan calon masih dalam…

Read More

Nolee Ashilin Ketua Srikandi Bersatu

KUALA LUMPUR 10 Mac –  Nolee Ashilin Mohd Radzi dilantik memangku jawatan Ketua Srikandi Bersatu yang baharu, menggantikan Mas Ermieyati Samsuddin yang kini digantung keahliannya selama dua penggal. Watikah pelantikan kepada Naib Ketua Srikandi itu disampaikan sempena Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang berlangsung di sini hari ini. Selain Nolee Ashilin yang juga bekas Exco Perak, mesyuarat hari ini turut menyaksikan pelantikan Naib Ketua Sayap Bersekutu Malaysia, R Sanjeevan untuk memangku jawatan Ketua Sayap Bersekutu Malaysia. Terdahulu, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah digantung keahlian selama dua…

Read More

Tidak ada bahagian Bersatu terbubar

KUALA LUMPUR 10 Mac – Tidak ada mana-mana bahagian Bersatu yang terbubar susulan peletakan jawatan ahli jawatankuasa (AJK) di peringkat itu yang dikaitkan pemecatan Hamzah Zainudin sebagai Timbalan Presiden parti. Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin, menegaskan, apa yang berlaku hanya peletakan jawatan AJK dan berdasarkan perlembagaan parti, pembubaran bahagian hanya boleh dibuat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sahaja. Justeru katanya, struktur organisasi bahagian-bahagian berkenaan akan disusun semula menerusi jawatankuasa petugas khas atau jawatankuasa penaja baharu. “Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) juga mengambil maklum tidak ada bahagian yang berjaya dibubarkan. Ini hendak kita…

Read More

Ketua Srikandi digantung keahlian

SEPANG 10 Mac – Ketua Srikandi Bersatu,  Mas Ermieyati Samsudin, digantung keahlian parti selama dua penggal atau enam tahun kerana melanggar perlembagaan dan kod tatakelakuan. Notis penggantungan berkenaan dikongsi Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, hari ini. Menurut notis yang dikongsikan Mas Ermieyati, beliau dikenakan tindakan kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli “Akhirnya saya digantung. Setakat itu sahaja lembaga disiplin mampu bagi. Bagi saya, syukur Alhamdulillah. #Reset all the way,” katanya menerusi hantaran itu. Terdahulu, Naib Presiden Bersatu,  Dr…

Read More

Peguam Muslim kecam serangan melampau

SEPANG 10 Mac – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), mengecam sekeras-kerasnya tindakan kumpulan ekstremis yang didakwa terbabit dalam insiden serangan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth serta aktivis dikenali sebagai Cikgu Chandra. Presiden PPMM, Muhammad Hisham Marzuki menegaskan serangan terhadap dua individu itu bukan sahaja mencabuli hak, malah berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. “PPMM memandang serius perkembangan membimbangkan apabila agenda dan ideologi pelampau kini dizahirkan melalui penggunaan senjata, cubaan membunuh, serangan fizikal serta pembakaran harta benda. Ia bukan lagi sekadar retorik ekstremisme, sebaliknya telah menjurus kepada keganasan yang…

Read More

Digantung dua penggal, kenapa tidak dipecat?

SEPANG 10 Mac – Tidak dipecat tetapi digantung keahlian parti Bersatu untuk tempoh selama dua penggal berkuat kuasa hari ini. Begitulah hukuman terhadap Naib Presiden Bersatu, Dr Ronald Kiandee kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli. “Mengapa sekadar digantung? Jika benar bersalah, pecat sahaja,” soal Ahli Parlimen Beluran itu susulan notis penggantungan yang dikeluarkan Lembaga Disiplin parti. Notis itu bertarikh 10 Mac dan ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Mohd Radzi Manan. “Saya telah menganjurkan program RESET dan juga hadir bersama Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam perjumpaan…

Read More

Trump jangka perang tamat tidak lama lagi

FLORIDA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjangkakan perang terhadap Iran akan berakhir “tidak lama lagi”, tetapi bukan pada minggu ini. Trump mendakwa bahawa dalam tempoh sembilan hari kebelakangan ini, AS dan Israel telah melancarkan “serangan dan operasi ketenteraan paling kompleks yang pernah disaksikan dunia”. Bercakap pada satu sidang media di Doral, Florida, Trump menegaskan bahawa objektif ketenteraan mereka “hampir lengkap”. “Setiap kekuatan tentera Iran telah kami hapuskan sepenuhnya… kebanyakan kuasa laut Iran telah ditenggelamkan,” katanya. Beliau berkata AS sedang menyasarkan keupayaan dron dan peluru berpandu Iran, dan mendakwa…

Read More

83 kanak-kanak terbunuh, 254 cedera

GENEVA – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), melaporkan sebanyak 83 kanak-kanak terkorban dan 254 lagi cedera dalam tempoh seminggu serangan Israel ke atas kedudukan musuh di negara jiran Lubnan Menurut UNICEF, serangan itu juga  menjejaskan kira-kira 200,000 kanak-kanak dan remaja. Daripada 700,000 orang yang melarikan diri dari kediaman mereka akibat serangan itu, lebih satu perempat adalah golongan di bawah usia 18 tahun. Pengarah Serantau UNICEF Edouard Beigbeder berkata, angka itu amat mengejutkan dan bukti nyata tentang kesan konflik ini terhadap kanak-kanak. “Memandangkan serangan ketenteraan berterusan di seluruh negara, kanak-kanak…

Read More