Jika ada asas sudah lama direman – Rafizi

SHAH ALAM 8 Mac – Bekas Menteri Ekonomi,  Rafizi Ramli, menyatakan kesediaan untuk bertemu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan. berhubung perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan sebuah firma asing.

Ahli Parlimen Pandan itu dalam reaksinya berkata, beliau berkemungkinan sudah lama direman sekiranya terdapat asas untuk menyiasatnya berhubung perjanjian itu.

“Jika benar ada sesuatu untuk disiasat atau didakwa, saya sudah lama direman.

Jika ia melibatkan pelanggaran peraturan, mereka perlu terlebih dahulu mencari bukti pelanggaran tersebut sebelum memanggil saya.

“Jika saya dituduh mengelirukan Kabinet atau cuai, mereka mesti mempunyai bukti terlebih dahulu sebelum meminta saya memberi penjelasan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Ayuh Malaysia, di sini hari ini.

Sebelum ini, SPRM melancarkan siasatan terhadap dakwaan salah laku berkaitan perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan firma reka bentuk cip dari Britain, Arm Holdings, yang dimeterai pada Mac tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, memaklumkan pihaknya sudah merakam keterangan 12 saksi meliputi pelbagai agensi kerajaan, termasuk seorang bekas menteri.

Bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan sama ada Rafizi antara individu yang terbabit manakala Rafizi sebelum ini pernah mendakwa SPRM menjalankan siasatan yang bermotifkan politik terhadapnya.

Rafizi mendakwa tuduhan terhadapnya berkisar dua dasar utama kerajaan, iaitu Program Visi Silikon dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), yang menurutnya melalui pelbagai peringkat kelulusan kerajaan, termasuk pengesahan Jemaah Menteri.

Nnn

Related posts

Leave a Comment