Syed Naquib meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari, Profesor Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas meninggal dunia di sini, petang tadi. Menteri di Jabatan  Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Sebator Dr Zulkifli Hasan menerusi Facebook menyifatkan pemergian Almarhum bukan sekadar kehilangan seorang tokoh, tetapi hilangnya sebutir permata ilmu bagi umat Islam. “Almarhum dikenali sebagai mujaddid, pemikir, ilmuwan yang menyalakan kembali obor ilmu dan adab dalam dunia Islam. Buah fikiran dan perjuangan beliau bukan sahaja menghidupkan wacana intelektual, bahkan turut menyumbang kepada lahirnya institusi penting seperti Angkatan Belia Islam…

Read More

Jika ada asas sudah lama direman – Rafizi

SHAH ALAM 8 Mac – Bekas Menteri Ekonomi,  Rafizi Ramli, menyatakan kesediaan untuk bertemu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan. berhubung perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan sebuah firma asing. Ahli Parlimen Pandan itu dalam reaksinya berkata, beliau berkemungkinan sudah lama direman sekiranya terdapat asas untuk menyiasatnya berhubung perjanjian itu. “Jika benar ada sesuatu untuk disiasat atau didakwa, saya sudah lama direman. Jika ia melibatkan pelanggaran peraturan, mereka perlu terlebih dahulu mencari bukti pelanggaran tersebut sebelum memanggil saya. “Jika saya dituduh mengelirukan Kabinet atau cuai, mereka…

Read More

Negara Teluk dakwa terus jadi sasaran

DUBAI – Walaupun Presiden Iran sebelum ini memohon maaf kepada negara Teluk yang dijadikan sasaran serangan terdahulu, beberapa negara Teluk mendakwa terus dibedil peluru berpandu dan dron ketika perang memasuki minggu kedua. Arab Saudi, Qatar dan Kuwait mendakwa serangan baharu berlaku selepas letupan kuat kedengaran di Dubai dan Manama, Bahrain, semalam. Syarikat minyak nasional Kuwait mengumumkan pengurangan langkah berjaga-jaga terhadap pengeluaran minyak mentah, manakala tentera negara itu berkata, pihaknya bertindak balas terhadap gelombang dron musuh yang menceroboh ruang udara negara. Tentera Kuwait memaklumkan tangki bahan api di Lapangan Terbang Antarabangsa…

Read More

Trump tidak perlu lagi bantuan Britain

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menegaskan ia tidak memerlukan bantuan Britain, yang menawarkan dua kapal pengangkut pesawat ke Asia Barat, untuk menang dalam peperangan dengan Iran. Bagaimanapun dalam hantaran di platform Truth Social, Trump berkata beliau akan ingat kekurangan sokongan Britain semasa konflik dengan Iran. Sebelum ini, Trump beberapa kali mengkritik Keir Starmer, kerana sikap berkecualinya dalam perang di Iran dan menuduh Perdana Menteri Britain itu merosakkan’ hubungan rapat sejarah antara kedua-dua negara selepas London menolak permintaan AS bagi menggunakan pangkalan Britain untuk menyerang Iran. “United Kingdom…

Read More