IRAN mendakwa sekurang-kurangnya 1,332 orang awam telah terkorban setakat ini dalam konflik dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS) manakala beribu-ribu lagi telah cedera.
Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani berkata, AS dan Israel telah sengaja menyasarkan infrastruktur awam, manakala Iran hanya menyasarkan tapak ketenteraan, bukan orang awam.
Bercakap kepada wartawan di PBB di sini, Iravani turut berkata, Iran tidak menyasarkan kepentingan negara jiran dan sedang menyiasat dakwaan bahawa ia telah menyerang lokasi bukan ketenteraan.
“Penilaian awal kami menunjukkan bahawa beberapa insiden ini mungkin berpunca daripada pemintasan atau gangguan oleh sistem pertahanan AS, yang boleh mengalihkan serangan daripada sasaran ketenteraan asal,” katanya.
Nnn
