Tolak ‘Rumah Bangsa’ selagi wujud ‘UMDAP’

SEPANG 7 Mac – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menolak pelawaan  Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyertai ‘Rumah Bangsa’ selagi parti itu bekerjasama dengan DAP. Isham yang dipecat daripada UMNO pada 2023, menegaskan tidak berminat untuk menyertai gagasan itu kerana ia masih berada dalam kerangka Kerajaan Madani sekali gus menunjukkan masih wujud kaitan kerjasama UMNO dengan DAP. Beliau pada masa yang sama menyarankan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri bertemu pemimpin parti itu yang pernah dipecat dan digantung sebelum ini bagi menyatakan permohonan maaf sebelum…

Read More

1,332 orang awam terbunuh

IRAN mendakwa sekurang-kurangnya 1,332 orang awam telah terkorban setakat ini dalam konflik dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS) manakala beribu-ribu lagi telah cedera. Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani berkata, AS dan Israel telah sengaja menyasarkan infrastruktur awam, manakala Iran hanya menyasarkan tapak ketenteraan, bukan orang awam. Bercakap kepada wartawan di PBB di sini, Iravani turut berkata, Iran tidak menyasarkan kepentingan negara jiran dan sedang menyiasat dakwaan bahawa ia telah menyerang lokasi bukan ketenteraan. “Penilaian awal kami menunjukkan bahawa beberapa insiden ini mungkin berpunca daripada pemintasan…

Read More

Trump gesa Iran menyerah tanpa syarat

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menuntut Iran ‘menyerah tanpa syarat’, selepas perang yang dilancarkannya bersama Israel yang menyukarkan rundingan bagi menamatkan konflik dengan segera. Trump membuat kenyataan itu di media sosial beberapa jam selepas Presiden Iran Masoud Pezeshkian berkata di media sosial beberapa negara sudah memulakan usaha pengantaraan’. “Tiada perjanjian dengan Iran kecuali menyerah tanpa syarat. Selepas itu, pemilihan pemimpin yang hebat serta boleh diterima, kami bersama ramai sekutu dan rakan yang berani akan bekerja tanpa henti untuk membawa Iran keluar daripada ambang kemusnahan, menjadikannya ekonomi lebih besar, lebih…

Read More