Trump dakwa AS kukuh hadapi Iran

WASHINGTON – Presiden Donald Trump, yang mendakwa bahawa Amerika Syarikat (AS) dan Israel berada dalam kedudukan kukuh berdepan peperangan menentang Iran, berikrar untuk terus mara menentang republik Islam itu.

Trump berkata, individu yang berpotensi menggantikan pemimpin tertinggi Iran yang terbunuh, Ayatollah Ali Khamenei, ‘akan berakhir dengan kematian’ manakala keupayaan ketenteraan Tehran sedang dimusnahkan dengan pantas.

“Kita menunjukkan prestasi baik di medan perang, jika hendak dipermudahkan, jika seseorang bertanya pada skala 10, bagaimana penilaian saya? Saya katakan sekitar 15.

Kita kini berada dalam kedudukan yang sangat kukuh, dan kepimpinan mereka semakin lenyap dengan pantas. Sesiapa yang dilihat mahu menjadi pemimpin, akhirnya mati,” kata Trump kepada sekumpulan ketua syarikat teknologi di Rumah Putih.

Berucap pada hari kelima konflik, Trump mengulangi justifikasinya untuk menyerang Iran dengan mendakwa Tehran sedang menuju ke arah memiliki senjata nuklear dan menegaskan “ Apabila individu tidak waras memiliki senjata nuklear, perkara buruk akan berlaku,”.

Related posts

Leave a Comment