KUALA LUMPUR 5 Mac – Lapan parti politik berteraskan Islam, Melayu dan Bumiputera menyertai Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera di Ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini. Pertemuan yang bertujuan berbincang serta mencari titik persefahaman mengenai isu kepentingan agama dan kaum itu disertai wakil UMNO, Pas, PKR, Amanah, Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Berjasa, Kimma, dan Parti Ikatan Bangsa (Ikatan). Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam perkongsian melalui Facebook berkata, beliau diamanahkan oleh Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mempengerusikan musyawarah kali pertama ini…
Read MoreDay: March 5, 2026
Berita pilihan…
Trump dakwa AS kukuh hadapi Iran
WASHINGTON – Presiden Donald Trump, yang mendakwa bahawa Amerika Syarikat (AS) dan Israel berada dalam kedudukan kukuh berdepan peperangan menentang Iran, berikrar untuk terus mara menentang republik Islam itu. Trump berkata, individu yang berpotensi menggantikan pemimpin tertinggi Iran yang terbunuh, Ayatollah Ali Khamenei, ‘akan berakhir dengan kematian’ manakala keupayaan ketenteraan Tehran sedang dimusnahkan dengan pantas. “Kita menunjukkan prestasi baik di medan perang, jika hendak dipermudahkan, jika seseorang bertanya pada skala 10, bagaimana penilaian saya? Saya katakan sekitar 15. Kita kini berada dalam kedudukan yang sangat kukuh, dan kepimpinan mereka semakin…
Read MoreSepanyol ulangi “tidak kepada perang”
MADRID – Sepanyol mengulangi penolakannya terhadap penggunaan pangkalan tenteranya oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menyerang Iran, selepas ugutan tindakan perdagangan oleh Presiden Donald Trump memburukkan lagi keretakan antara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu. Perdana Menteri, Pedro Sanchez, sekali lagi melaungkan pendirian “tidak kepada perang” susulan serangan hujung minggu AS–Israel ke atas Iran yang mencetuskan konflik serantau. Beberapa jam kemudian, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata Madrid telah “bersetuju untuk bekerjasama dengan tentera AS”, tanpa memperincikan bentuk kerjasama tersebut. Bagaimanapun, Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares, memberitahu radio…
Read More