KUALA LUMPUR 2 Mac – Tiga belas Ahli Parlimen Bersatu menyokong Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang.
Ketua Whip Dewan Rakyat Bersatu, Dr Ronald Kiandee memaklumkan perkara itu melalui surat bertarikh 24 Februari lalu kepada Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan.
Mereka yang menyokong adalah Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Rasol Wahid (Hulu Terengganu), Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu), Muslimin Yahaya (Sungai Besar).
Abdul Khalib Abdullah (Rompin), Khir Mohd Nor (Ketereh), Zakri Hassan (Kangar), Roslan Hashim (Kulim Bandar Baharu), Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (Lumut), Kalam Salan (Sabak Bernam) dan Islahuddin Abbas (Mersing).
Ronald Kiandee berkata,, Ahli Parlimen Bersatu akan terus memberi tumpuan dan fokus bagi menjulang suara rakyat.
“Ahli Parlimen Bersatu juga akan mengangkat kepentingan nasional dan melakukan peranan semak dan imbang dengan penuh tanggungjawab terutamanya dalam sesi Parlimen yang berbaki beberapa hari lagi,” katanya.
Sebelum ini, Lembaga Disiplin Bersatu memecat keahlian Hamzah dan pemecatannya dibuat kerana tindakannya yang melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti.
Takiyuddin pada 22 Februari lalu menyatakan, calon daripada Pas akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu bagi menggantikan Hamzah yang dipecat keahliannya daripada Bersatu.
Bagaimanapun Takiyuddin berkata, gabungan itu buat masa ini tidak akan melakukan sebarang perubahan mengenai jawatan Ketua Pembangkang.
Nnnn
