Johari tolak usul bahas isu saham Azam

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Yang Dipertua Dewan Rakyat  Johari Abdul menolak usul untuk membahaskan isu pegangan saham yang membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki. Johari ketika menolak usul itu berkata perkara tersebut tidak boleh dibahaskan kerana sebuah jawatankuasa khas sudah ditubuhkan untuk menyiasat isu berkenaan. Terdahulu, Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 18(1), yang membenarkan seorang bukan menteri memohon kebenaran untuk membangkitkan perkara berkepentingan awam yang mendesak dengan membacakan usul yang diluluskan oleh Yang Dipertua. Beliau berkata sudah mengemukakan sepucuk surat yang mengandungi cadangan…

Read More

Hamzah masih ketua pembangkang

KUALA LUMPUR 23 Feb. – – Setakat ini Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin masih kekal berperanan sebagai ketua pembangkang di Parlimen, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dr Ramli Mohd Nor. Beliau yang mempengerusikan sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini menjelaskan sehingga kini, tiada sebarang makluman rasmi diperoleh daripada blok pembangkang mengenai sebarang pertukaran baharu itu. “Setakat ini, walaupun saya di sini dan soalan ini ditimbulkan ketika saya mempengerusikan sidang, ia membabitkan kepada struktur asas Dewan Rakyat iaitu ketua pembangkang. “Setakat ini, saya percaya timbalan speaker seorang lagi…

Read More

57,910 murid pembawa talasemia

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Seramai 57,910 daripada 2.12 juta murid yang menjalani saringan di seluruh negara dikenal pasti sebagai pembawa talasemia, kata Menteri Kesihatan,  Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata angka itu membawa kepada prevalens (jumlah bilangan individu berpenyakit pada sesuatu masa dan kawasan) pembawa talasemia di seluruh negara kepada paras matriks 59.1 per 1,000 murid disaring. “Prevalens pembawa talasemia tertinggi direkodkan dalam kalangan masyarakat Melayu, diikuti Kadazan Dusun dan Cina. Selain itu, negeri yang mempunyai kadar pembawa talasemia (per 1,000 murid disaring) ialah Kedah (103), Pahang (90.7), Terengganu (82.1)…

Read More

IS gesa anggotanya perangi kerajaan Syria

SELEPAS menyepi lebih dua tahun, jurucakap IS Abu Huzaifa al-Ansari, menerusi mesej audio menggesa pejuangnya di Syria mesti memerangi rejim yang baharu, kerajaan sekular dan tentera kebangsaannya. Menurut laporan media, beliau menggesa pejuang menjadikan perjuangan itu sebagai keutamaan. Kali terakhir Abu Huzaifa menyiarkan mesej audio adalah pada Januari 2024, apabila beliau menggesa penyokong IS membunuh orang Yahudi di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap serangan Israel di Gaza. Sejak menyingkirkan pemerintah lama Bashar al-Assad pada Disember 2024, pihak berkuasa baharu Syria yang sebelum ini mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda berusaha…

Read More

Iran arah siasatan menyeluruh protes

PRESIDEN Iran, Masoud Pezeshkian mengarahkan satu “siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah” berhubung insiden yang berlaku semasa protes antikerajaan pada Januari lepas yang mengorbankan lebih 3,000 orang. “Jika sebarang salah laku dibuktikan, ia akan ditangani mengikut undang-undang,” katanya ketika berucap dalam mesyuarat “Coordination Council of Presidential Deputies”,  semalam, Ahad. Beliau menyeru individu atau kumpulan yang mempunyai dokumen atau data berkaitan supaya mengemukakannya bagi membantu menjelaskan perkara berkenaan. Protes berkenaan tercetus susulan kemerosotan keadaan ekonomi dan taraf hidup serta berlangsung selama kira-kira dua minggu. Pezeshkian juga menekankan kepentingan mengadakan perbincangan di universiti serta…

Read More