SELEPAS menyepi lebih dua tahun, jurucakap IS Abu Huzaifa al-Ansari, menerusi mesej audio menggesa pejuangnya di Syria mesti memerangi rejim yang baharu, kerajaan sekular dan tentera kebangsaannya.
Menurut laporan media, beliau menggesa pejuang menjadikan perjuangan itu sebagai keutamaan.
Kali terakhir Abu Huzaifa menyiarkan mesej audio adalah pada Januari 2024, apabila beliau menggesa penyokong IS membunuh orang Yahudi di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap serangan Israel di Gaza.
Sejak menyingkirkan pemerintah lama Bashar al-Assad pada Disember 2024, pihak berkuasa baharu Syria yang sebelum ini mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda berusaha memutuskan hubungan dengan masa lalu radikal mereka dan menampilkan imej lebih sederhana.
Tahun lalu, Syria menyertai pakatan pimpinan Amerika Syarikat (AS) menentang IS dan menyelaraskan serangan terhadap saki-baki kumpulan itu di negara berkenaan.
IS pernah menguasai wilayah luas di Syria dan Iraq pada 2014, melakukan pembunuhan beramai-ramai dan memaksa wanita serta kanak-kanak perempuan menjadi hamba seks.
Nnnn
