KUALA LUMPUR 18 Feb. – Kuota haji yang diperuntukkan bagi musim 1447H/2026M telah diisi sepenuhnya dengan kira-kira 85,000 permohonan rayuan diterima. Susulan itu, Lembaga Tabung Haji (TH) akan menutup permohonan rayuan musim ini mulai 1 Ramadan 1447H. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, kuota haji rasmi dapat dipenuhi lebih awal melalui inisiatif penambahbaikan terutamanya peringatan supaya bakal jemaah membuat persediaan. Katanya, perkembangan ini menunjukkan kadar penangguhan yang jauh lebih rendah iaitu 18 peratus bagi musim 1447H berbanding 50 peratus tahun sebelumnya. “Berdasarkan jumlah rayuan yang…
Read MoreDay: February 18, 2026
Ikon Andalusia ketuai pakej umrah Ramadan
SEPANG 18 Feb. – Hari pertama Ramadan di Arab Saudi, seramai 284 jemaah umrah Andalusia Travel & Tours (Andalusia) berlepas ke Madinan pagi ini untuk merasai sendiri pengalaman beribadah pada bulan puasa di dua Tanah Suci. Lebih menarik kumpulan jemaah ini diketuai oleh ikon Andalusia, yang juga tokoh berpengalaman luas dalam mengendalikan ibadah haji dan umrah iaitu Md Daud Che Ngah yang juga Pengerusi Eksekutif Andalusia. Ketika ditemui di KLIA pagi ini, Ustaz Md Daud yang mencecah usia 80 tahun masih bersemangat untuk membawa jemaah umrah Ramadan itu, “Gembira dapat…
Read MoreBerita pilihan…
Imam kanan dilarang masuk Masjid Al-Aqsa
BAITULMUQADDIS – Sheikh Muhammad Al‑Abbasi, imam kanan di Masjid Al-Aqsa memaklumkan, pihak berkuasa Israel menghalangnya daripada memasuki kawasan masjid itu, selama seminggu berkuat kuasa Isnin lalu. Beliau yang baru kembali ke Al-Aqsa sebulan lalu selepas setahun berada di hospital akibat kemalangan jalan raya yang serius berkata, arahan itu boleh dilanjutkan dan tiada makluman mengenai punca sekatan tersebut. “Larangan ini sangat berat bagi kami kerana jiwa kami terikat dengan Al-Aqsa. Al-Aqsa adalah kehidupan kami,” katanya. Sebelum ini, polis Israel mengumumkan cadangan mengeluarkan 10,000 permit kepada penduduk Palestin dari Tebing Barat yang…
Read MoreArab Saudi mula puasa Rabu
RIYADH – Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan bahawa anak bulan Ramadan telah kelihatan dan menetapkan permulaan bulan puasa itu pada hari Rabu, 18 Februari 2026. Susulan pengumuman itu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al‑Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman menerima pelbagai ucapan tahniah daripada para pemimpin negara Islam sempena bermulanya bulan Ramadan. Baginda berdua kemudiannya menzahirkan ucapan tersebut dengan menyampaikan penghargaan atas doa serta ucapan baik yang diterima. Kedua-dua pemimpin itu turut berdoa agar Ramadan membawa kebaikan, keberkatan, serta keamanan dan kestabilan yang berkekalan kepada seluruh negara Islam.…
Read More