SEPANG 18 Feb. – Hari pertama Ramadan di Arab Saudi, seramai 284 jemaah umrah Andalusia Travel & Tours (Andalusia) berlepas ke Madinan pagi ini untuk merasai sendiri pengalaman beribadah pada bulan puasa di dua Tanah Suci.
Lebih menarik kumpulan jemaah ini diketuai oleh ikon Andalusia, yang juga tokoh berpengalaman luas dalam mengendalikan ibadah haji dan umrah iaitu Md Daud Che Ngah yang juga Pengerusi Eksekutif Andalusia.
Ketika ditemui di KLIA pagi ini, Ustaz Md Daud yang mencecah usia 80 tahun masih bersemangat untuk membawa jemaah umrah Ramadan itu,
“Gembira dapat membawa 284 jemaah dengan dibantu lapan mutawif yang berpengalaman bagi menastikan jemaah Andalusia berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan pada bukan Ramadan,” katanya sebelum berlepas.
Turut berada di KLIA bagi mengucapkan selamat berangkat kepada kumpulan jemaah yang menggunakan pesawat sewa khas MAS itu adalah Pengarah Urusan Andalusia Ibrahim Mat Sin.
Menurut Md Daud, pakej yang ditawarkan itu adalah untuk 13 hari 11 malam dengan harga bermula dari RM9,690 (bilik berempat); RM10,490 (bertiga) dan RM12,390 (berdua).
Katanya, menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan amat besar ganjarannya seperti hadis Rasulullah SAW yang bermaksud umrah pada bulan Ramadan menyamai pahala mengerjakan haji.
Justeru, sepanjang di Tanah Suci nanti, beliau akan terus membimbing jemaah seperti bimbingan di tanah air di samping program lain termasuk ziarah seperti kelaziman bagi pakej umrah.
Katanya, bimbingan berterusan di Tanah Suci amat penting terutama bagi yang pertama kali menunaikan umrah malah kepada mereka yang pernah umrah juga perlu diperingatkan supaya ibadah lebih lancar dalam suasana yang berbeza.
Di samping bimbingan, Andalusia sentiasa memberi perhatian terhadap kemudahan penginapan serta makan minum bagi memastikan jemaah berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan, sesuai dengan bayaran pakej.
“ Apa yang penting jemaah tidak terperangkap dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menawarkan pakej haji,” katanya.
Sementara itu, beliau memberitahu, sambutan jemaah pada musim Ramadan ini amat menggalakkan malahan para petugas Andalusia hampir 24 jam berada di lapangan terbang dua Tanah Suci untuk menyambut ketibaan jemaah.
Beliau percaya dengan persiapan dua bulan menjelang pakej Ramadan ini, jemaah dapat dikendalikan dengan baik.
Nnnn
