Arab Saudi mula puasa Rabu

RIYADH – Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan bahawa anak bulan Ramadan telah kelihatan dan menetapkan permulaan bulan puasa itu pada hari Rabu, 18 Februari 2026.

Susulan pengumuman itu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al‑Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman menerima pelbagai ucapan tahniah daripada para pemimpin negara Islam sempena bermulanya bulan Ramadan.

Baginda berdua kemudiannya menzahirkan ucapan tersebut dengan menyampaikan penghargaan atas doa serta ucapan baik yang diterima.

Kedua-dua pemimpin itu turut berdoa agar Ramadan membawa kebaikan, keberkatan, serta keamanan dan kestabilan yang berkekalan kepada seluruh negara Islam.

Sementara itu, Singapura akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari, sama seperti Malaysia.

Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir  berkata mengikut kiraan hisab, anak bulan Ramadan tidak berada di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang Selasa kerana bulan telah terbenam 4 minit lebih awal daripada matahari.

Nazirudin berkata Rabu melengkapkan bulan Syaaban selama 30 hari.

“Sehubungan itu, sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Ramadan pada tahun 1447H jatuh pada lusa, Khamis, bersamaan 19 Februari 2026.

“Marilah kita merebut peluang ini untuk menjadi Muslim yang lebih cemerlang dengan ketekunan beribadah dan juga dengan kesyukuran, keihsanan, kesopanan dan kesantunan dalam urusan sesama kita,” katanya.

Di INDONESIA, Menteri Hal Ehwal Agama Nasaruddin Umar mengumumkan bahawa 1 Ramadan jatuh pada Khamis, 19 Februari dibuat selepas Mesyuarat Isbat yang diadakan pada Selasa (17 Februari) bagi menentukan tarikh permulaan Ramadan.

Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Isbat yang diadakan pada Selasa (17 Februari) bagi menentukan tarikh permulaan Ramadan.

“Berdasarkan perhitungan astronomi dan tiada laporan nampak anak bulan, 1 Ramadan jatuh pada Khamis, 19 Februari,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube Kementerian Hal Ehwal Agama.

Isbat ialah forum rasmi kerajaan bagi mengesahkan permulaan bulan-bulan Islam dan sesi itu diadakan di Auditorium Rasjidi, bangunan Kementerian Hal Ehwal Agama dan dipengerusikan oleh Nasaruddin.

Peserta termasuk wakil pertubuhan Islam, kedutaan negara majoriti Islam, Majlis Ulama Indonesia, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), pakar falak, anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) serta wakil Mahkamah Agung.

BRUNEI DARUSSALAM juga akan mula berpuasa pada Khamis ini sama seperti Malaysia dan Indonesia.

Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) Awang Badaruddin  Awang Othman, mengumumkan bahawa ketetapan 1 Ramadan 1447 Hijrah bagi Negara Brunei Darussalam (NBD) adalah pada Khamis, 19 Februari 202.

Sehubungan dengan itu, umat Islam di negara ini mula menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir serta bertadarus Al-Quran di masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara bermula malam, Rabu.

Sementara itu, Majlis Tertinggi Hal Ehwal Agama Islam KEMBOJA turut mengumumkan pada Selasa bahawa umat Islam di negara itu akan mula berpuasa pada Khamis.

Terdapat lebih 800,000 umat Islam atau kira-kira lima peratus daripada 17 juta penduduk Kemboja yang majoritinya beragama Buddha.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment