Mula puasa di Malaysia Khamis

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad malam ini mengumumkan umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari ini. Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum ini pada 12 Februari lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan menetapkan hari ini bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah untuk melihat anak bulan…

Read More

17 exco, 8 ketua Srikandi negeri sokong Muhyiddin

SEPANG 17 Feb. – Srikandi Bersatu Malaysia menegaskan untuk kekal setia kepada parti, mempertahankan institusi Presiden dan berdiri teguh di belakang Muhyiddin Yassin berhubung perkembangan semasa yang melibatkan kepemimpinan parti dan sayap Srikandi. Dalam satu kenyataan hari ini, 17 daripada 24 Exco Srikandi Malaysia, 11 daripada 14 Ketua Srikandi Negeri (KSN) serta Pengerusi dan Timbalan Pegerusi Tetap Srikandi Malaysia menyatakan sokongan kepada Muhyiddin. “Pendirian kami adalah jelas, kami kekal setia kepada parti, mempertahankan institusi Presiden, serta berdiri teguh di belakang Tan Sri Presiden sebagai Presiden yang sah dipilih melalui Perhimpunan…

Read More

Pemuda UMNO cadang Azam direhatkan sementara

SEPANG 17 Feb.  – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan, jawatankuasa siasatan bagi menyiasat kepemimpinan tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipantau oleh badan bebas, sama ada melalui Jawatankuasa Parlimen dwipartisan atau tribunal bebas yang mempunyai kredibiliti tinggi. Ketuanya,  Dr Akmal Saleh berkata, langkah itu bukan soal mempertikaikan mana-mana pihak, tetapi soal memastikan keputusan siasatan tidak dipandang sebagai keputusan “kerajaan menyiasat kerajaan”. Dalam masa yang sama, bagi menjaga integriti dan kredibiliti SPRM sebagai agensi utama membanteras rasuah, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang sedang disiasat hendaklah direhatkan sementara sehingga siasatan selesai.…

Read More

Israel tahan imam Masjid Al-Aqsa

BAITULMUQADDIS – Menjelang Ramadan, Israel menahan Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Mohammad Al‑Abbasi dari dalam perkarangan masjid itu setelah 222 peneroka Yahudi menceroboh kawasan berkenaan pada Isnin. Tindakan itu mencetuskan kebimbangan mengenai peningkatan ketegangan menjelang puasa Ramadan yang bermula minggu ini.  Pada masa sama, Pihak Berkuasa Palestin (PA) memberi amaran bahawa Israel berpotensi meningkatkan ketegangan di kawasan Al‑Aqsa, yang terletak di bandar lama Baitulmuqaddis Timur yang diduduki, khususnya ketika bulan puasa yang lazimnya menjadi tempoh sensitif dalam konflik Palestin–Israel. Menurut Pentadbiran Wilayah Baitulmaqdis, pihak Israel menghalang sekurang-kurangnya 250 individu daripada memasuki…

Read More

IRGC adakan latihan Selat Hormuz

TEHRAN – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memulakan latihan ‘Kawalan Pintar Selat Hormuz’ yang bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan operasi pasukan tenteranya, sehari sebelum pusingan kedua rundingan nuklear tidak langsung dengan Amerika Syarikat (AS). Bahagian perhubungan awam IRGC memaklumkan latihan itu juga bertujuan menilai pelan keselamatan serta senario tindak balas ketenteraan balas terhadap potensi ancaman keselamatan dan ketenteraan di wilayah Selat Hormuz, selain mempamerkan kelebihan geopolitik Iran di Teluk Parsi dan Laut Oman. “Tindak balas pantas, tegas dan menyeluruh pasukan operasi IRGC terhadap plot antikeselamatan di domain maritim menjadi teras…

Read More