KUALA LUMPUR 22 Jan. – Bekas Panglima Tentera Darat, Muhammad Hafizuddeain Jantan yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram yang keseluruhannya berjumlah RM2.12 juta. Muhammad Hafizuddeain, 58, yang kelihatan tenang mohon dibicarakan terhadap semua tuduhan berkenaan yang didakwa dilakukan di antara 2 Februari 2024 dan 7 November tahun lalu. “Faham (pertuduhan) puan, saya mohon dibicarakan,” katanya di hadapan Hakim Azura Alwi. Muhammad Hafizuddeain ialah PTD pertama yang didakwa di mahkamah berhubung kes pengubahan wang haram berkaitan…
Read MoreMonth: January 2026
Berita pilihan…
Kongres undi tahan Clinton, isteri
WASHINGTON – Sebuah jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) mengundi untuk menahan bekas Presiden Bill Clinton, dan bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton, atas kesalahan menghina Kongres selepas pasangan itu gagal mematuhi sepina berkaitan siasatan terhadap rangkaian pemerdagangan seks Jeffrey Epstein. Bagaimanapun peguam pasangan itu menyifatkan langkah tersebut bermotifkan politik, sambil menegaskan bahawa kedua-duanya telah memberi kerjasama setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan kekangan perundangan sedia ada. Jawatankuasa Pengawasan Dewan Perwakilan meluluskan undi tersebut dengan alasan pasangan itu tidak memberi kerjasama yang mencukupi, termasuk gagal menyerahkan dokumen serta memberikan keterangan seperti diarahkan…
Read MoreTiga wartawan maut serangan Israel
GAZA – Tiga wartawan dan dua kanak-kanak turut terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza pada Rabu, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin manakala enam lagi dilaporkan cedera. Wartawan Anas Ghunaim, Abdul Ra’ouf Shaath dan Mohammad Qeshta, terbunuh apabila kenderaan mereka diserang di tengah Gaza ketika membuat liputan berhampiran Koridor Netzarim. Menurut pegawai dan rakan sekerja, mereka bekerja dengan Jawatankuasa Bantuan Mesir untuk Gaza. Israel mendakwa serangan itu menyasarkan kenderaan yang digunakan bagi aktiviti pengumpulan risikan, dakwaan yang dinafikan pihak jawatankuasa bantuan. Dalam serangan berasingan, tiga ahli satu keluarga termasuk…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 22.01.2026
MIC masih kekal bersama BN
KOTA KINABALU 21 Jan. – MIC masih kekal bersama Barisan Nasional (BN) dan setakat ini tidak ada sebarang pemakluman bahawa MIC telah keluar daripada gabungan itu seperti yang dilaporkan sebelum ini. Setiausaha Agung Barisan BN, Dr. Zambry Abd Kadir yang mengesahkan demikian berkata BN tidak mengambil sebarang laporan yang mengatakan MIC keluar ataupun tidak, sebagai sumber sahih sehingga dimaklumkan. “Bagaimanapun, saya yakin bahawa MIC masih tetap bersama dengan BN sehingga kini,” katanya semasa ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini. Mesyuarat tersebut dipengerusikan Pengerusi BN, Dr Ahmad…
Read More“Bincang satu dua perkara dengan PMX”
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein hari ini memuat naik hantaran pertemuannya dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen. Hantaran di Facebook itu bukan sahaja mencuri tumpuan, malah turut mencetuskan tanda tanya mengenai tujuan pertemuan di bangunan Parlimen berkenaan. “Luang masa berbincang satu dua perkara dengan PMX Anwar Ibrahim ketika sesi Parlimen tadi,” tulis Ahli Parlimen Sembrong itu yang turut menyertakan gambar mereka berdua bersalaman dalam suasana kelihatan ceria dan gembira. Bekas Menteri Pertahanan itu kini sedang menjalani penggantungan keahliannya selama enam tahun dalam…
Read MoreAda kes cepat siasat, ada lambat, tidak disiasat
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendakwa wujud persepsi dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan, apabila ada kes rasuah tertentu disiasat segera dan ada pula lambat atau tidak disiasat langsung. Malahan, dakwanya penyiasatan melibatkan pihak yang ‘bukan kerajaan’ agak cepat berbanding di pihak kerajaan, lambat sedikit. Wakil rakyat Pakatan harapan (PH) dari PKR itu berkata persepsi sedemikian sedikit sebanyak memberi kesan kepada usaha kerajaan yang komited untuk memerangi rasuah, termasuk pencapaian Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang tidak meningkat. “Persepsi di luar sana melihat ada kes…
Read MorePenuhi dulu keperluan asas di sekolah
SEPANG 21 Jan. – Pemuda UMNO menyokong reformasi pendidikan yang mewajibkan silibus mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga Sejarah kepada seluruh sistem pendidikan dalam negara termasuk Unified Examination Certificate (UEC). Ketuanya, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, langkah itu adalah berani dan baik, malah merupakan tindakan yang dinantikan ramai pihak. “PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim), ‘you earn my respect’ apabila mewajibkan silibus mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga sejarah kepada seluruh sistem pendidikan dalam negara ini termasuklah UEC. “Ini langkah yang sangat berani, langkah yang sangat baik,” katanya menerusi satu video…
Read More