Perancis pilih rasa hormat, bukan pembuli

DAVOS – Perancis dan Eropah akan terus mempertahankan prinsip undang‑undang antarabangsa serta multilateralisme yang berkesan, ketika berdepan peningkatan kecenderungan global ke arah “kuasa yang lebih kuat mengatasi segalanya”. Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata Perancis memilih “rasa hormat berbanding pembuli” serta “kedaulatan undang‑undang berbanding tindakan yang bersifat keras”. Macron ketika berucap pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos tidak menyebut mana‑mana negara secara langsung, tetapi merujuk kepada tekanan kuasa besar yang dilihat semakin mencabar kerangka peraturan antarabangsa. Kenyataan Macron dibuat ketika hubungan antara Paris dan Washington berada dalam fasa tegang susulan…

Read More

Had laju kereta api dikurangkan

MADRID – Susulan nahas kereta api teruk di Andalusia yang mengorbankan sekurang-kurangnya 41 orang,  Sepanyol mengurangkan had kelajuan maksimum bagi kereta api di laluan utama antara Madrid dan Barcelona Menurut pengendali rangkaian Adif, kereta api berkelajuan tinggi itu hanya dibenarkan bergerak pada kelajuan maksimum 160 kilometer sejam (km/j) berbanding 300 km/j di seksyen sepanjang 150km. Pemandu kereta api melaporkan beberapa bahagian landasan yang tidak rata, yang dijadualkan untuk diperiksa pada waktu malam. Laporan media menyebut beberapa pemandu di laluan itu secara sukarela mengurangkan kelajuan sejak Isnin sebagai sebagai isyarat tidak…

Read More

Perlembagaan, sejarah Malaysia di semua universiti.

PUTRAJAYA 20 Jan.  – Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh pelajar tempatan mulai tahun ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua bidang itu akan diajar dalam bahasa Melayu dan dimasukkan dalam kurikulum mata pelajaran umum yang telah dirombak semula. “Di peringkat pendidikan tinggi, kita tak wajib bahasa Melayu dan sejarah tapi kita akan perkenalkan mata pelajaran umum yang dirombak semula dan diajar dalam bahasa Melayu di seluruh universiti awam (UA) dan swasta bagi pelajar Malaysia.…

Read More

Usia prasekolah 5 tahun, Darjah Satu 6 tahun

PUTRAJAYA 20 Jan. – Mulai tahun 2027, pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun manakala Darjah Satu pada usia enam tahun. Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim ketika membuat pengumuman itu bagaimanapun berkata, perubahan itu masih belum diwajibkan kepada ibu bapa. “Maknanya tahun 2027 kita belum bersedia mewajibkan kerana mungkin ada ibu bapa yang masih merasakan anak-anak belum bersedia. Kita tetapkan masih boleh anak-anak berusia tujuh tahun masuk Darjah Satu tetapi sangat digalakkan ibu bapa bersedia dari sekarang supaya anak-anak berumur lima tahun sudah masuk prasekolah dan Darjah Satu umur enam tahun,”…

Read More

Media sosial: UK cadang contohi Australia

LONDON – United Kingdom (UK) sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan larangan penggunaan media sosial oleh kanak-kanak, mengambil inspirasi daripada pendekatan tegas yang diperkenalkan di Australia. Pertimbangan itu dibuat ketika kebimbangan terhadap kesan platform digital ke atas kesihatan mental dan keselamatan kanak-kanak semakin meningkat. Media tempatan melaporkan, perbincangan awal sedang dijalankan dalam kalangan menteri dan pegawai kanan kerajaan mengenai kemungkinan mengehadkan akses media sosial berdasarkan umur, termasuk penguatkuasaan mekanisme pengesahan umur yang lebih ketat atau larangan terus terhadap kanak-kanak bawah umur tertentu. Cadangan itu muncul susulan langkah Australia yang sebelum ini meluluskan…

Read More

Tiada tempat bagi ISF Turkiye, Qatar

BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menegaskan tidak akan ada tempat bagi Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF), membabitkan tentera Turkiye atau Qatar di Gaza, pasca perang kelak. “Kami mempunyai sedikit perbezaan pendapat dengan rakan di Amerika Syarikat (AS) mengenai komposisi majlis penasihat bagi beberapa proses di Gaza,” katanya. Pejabat Netanyahu pada Sabtu lalu, membantah komposisi ‘Jawatankuasa Eksekutif Gaza’, merangkumi Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan, dan diplomat Qatar, Ali Al-Thawadi, bersama pegawai serantau dan antarabangsa lain. “Netanyahu mengarahkan Menteri Luar untuk menghubungi Setiausaha Negara AS mengenai perkara ini,” katanya dalam kenyataan. Bagaimanapun,…

Read More

Tambang ROD RM2 mulai 1 Februari

PETALING JAYA 19 Jan – Mulai 1 Februari ini, perkhidmatan Rapid On-Demand (ROD) akan mengenakan kadar tambang tetap RM2 bagi setiap perjalanan berbanding tambang promosi RM1 yang diperkenalkan sejak Fasa Bukti Konsep (POC) pada 2023. Sehubungan itu, Ketua Strategi dan Perancangan Prasarana Malaysia, Sharul Azwa Abd Rani, berkata, pemegang pas My50, Rapid Kota, Rapid Kembara dan Rapid Keluarga juga perlu membayar tambang ini bagi setiap perjalanan mereka. Berbeza dengan perkhidmatan tren dan bas henti-henti yang beroperasi mengikut jadial serta laluan tetap, ROD perkhidmatan bersifat unik, dengan zon perkhidmatan lebih dinamik…

Read More