CWC MIC bincang sertai PN secara rasmi

SHAH ALAM 24 Jan. – MIC akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan penyertaan rasmi parti itu ke dalam Perikatan Nasional (PN), kata Presidennya S A Vigneswaran. Beliau berkata walaupun PN sudah memberi lampu hijau kepada MIC untuk menyertai gabungan pembangkang itu, penyertaan perlu dilaksanakan mengikut proses rasmi. “Saya akan memanggil mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam masa terdekat bagi membincangkan butiran lanjut mengenai perkara ini dan merasmikan kerjasama antara MIC dan PN,” katanya kepada media selepas menghadiri sambutan Ponggal di sini hari ini. Vigneswaran berkata demikian kepada media selepas menghadiri…

Read More

Krisis kemanusiaan paling buruk sejak 1967

AGENSI Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mendakwa Tebing Barat yang diduduki kini mengalami krisis kemanusiaan paling buruk sejak 1967, berikutan pemindahan paksa secara besar-besaran dan kemusnahan meluas di kem pelarian susulan operasi ketenteraan Israel. Dalam kenyataannya di platform X, Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini berkata seramai 33,000 penduduk kekal dipindahkan secara paksa dari kem pelarian di utara, setahun selepas Israel melancarkan operasi “Iron Wall”. “Pasukan tentera Israel telah merobohkan sebahagian besar kawasan di kem berkenaan, sekali gus mengurangkan peluang komuniti ini untuk pulih,” katanya. Lazzarini berkata, pasukan UNRWA…

Read More

Jam tangan bertema pusat konservasi

JACOB & CO, jenama jam tangan mewah antarabangsa, memperkenalkan model eksklusif baharu, Vantara yang bertemakan pusat konservasi hidupan liar milik keluarga bilionair terkenal India, Mukesh Ambani. Model berkenaan yang belum ditawarkan di pasaran dan harga rasmi juga masih belum didedahkan dianggarkan AS$1.5 juta (RM6 juta) turut memaparkan patung kecil Anant Ambani di bahagian tengah jam berkenaan. Rekaan jam itu turut menampilkan arca singa dan harimau Bengal yang diukir halus, ditempatkan mengelilingi patung kecil berkenaan seolah‑olah menonjolkan peranan Anant sebagai penjaga pusat konservasi tersebut. Model jam tangan super mewah ini berinspirasikan…

Read More

AS gerakkan armada ke arah Iran

AMERIKA Syarikat (AS), menggerakkan sebuah “armada” ke arah Iran, sambil mengulangi amaran kepada Tehran agar tidak membunuh penunjuk perasaan atau menghidupkan semula program nuklearnya. Presiden Donald Trump, bagaimanapun berharap AS tidak perlu menggunakan armada itu. “Kami mempunyai banyak kapal menuju ke arah itu, sebagai langkah berjaga-jaga… Saya tidak mahu apa-apa berlaku, tetapi kami memerhati mereka dengan sangat rapat,” kata Trump kepada wartawan ketika dalam penerbangan pulang dari Davos, Switzerland. Menurut pegawai AS yang enggan dikenali, kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln serta beberapa pemusnah berpeluru berpandu dijangka tiba di Asia…

Read More

‘Gaza Baharu’ bakal dibina di Palestin

DAVOS – Amerika Syarikat (AS) mendedahkan pelan ‘Gaza Baharu’, pembangunan yang membayangkan wilayah Palestin yang musnah akibat perang dibina semula dengan pencakar langit, perumahan moden serta zon industri dan pelancongan. Pelan induk itu dibentangkan semasa majlis di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos berkaitan penubuhan Lembaga Keamanan baharu Presiden Donald Trump, yang ditugaskan menamatkan perang Israel-Hamas dan menyelia usaha pembinaan semula. Slaid menunjukkan deretan bangunan tinggi di sepanjang pesisir Mediterranean, pembangunan perumahan di Rafah, serta pelan berperingkat bagi kawasan kediaman, pertanian dan perindustrian untuk populasi kira-kira 2.1 juta orang. Ia…

Read More

Kesuma komited perkukuh BI tanpa jejaskan BM

KUALA LUMPUR 22 Jan.  – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan tenaga kerja tanpa menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kata Menterinya, R Ramanan. Beliau berkata ini kerana penguasaan bahasa Inggeris adalah satu kompetensi teras yang semakin kritikal, khususnya bagi tenaga kerja baharu dalam menghadapi persekitaran pekerjaan bersifat global, berteknologi tinggi serta dipacu automasi dan kecerdasan buatan (AI) serta meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET. Menjawab soalan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar), beliau memberitahu , antara strategi yang diambil termasuk penambahbaikan kurikulum latihan Pendidikan…

Read More