KUALA LUMPUR 21 Jan. – Bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein hari ini memuat naik hantaran pertemuannya dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen.
Hantaran di Facebook itu bukan sahaja mencuri tumpuan, malah turut mencetuskan tanda tanya mengenai tujuan pertemuan di bangunan Parlimen berkenaan.
“Luang masa berbincang satu dua perkara dengan PMX Anwar Ibrahim ketika sesi Parlimen tadi,” tulis Ahli Parlimen Sembrong itu yang turut menyertakan gambar mereka berdua bersalaman dalam suasana kelihatan ceria dan gembira.
Bekas Menteri Pertahanan itu kini sedang menjalani penggantungan keahliannya selama enam tahun dalam UMNO bermula Januari 2023 selepas didapati melanggar peraturan parti.
Beliau enggan merayu terhadap penggantungan itu kerana tidak tahu sebab beliau digantung, penggantungan tidak ikut proses dan prosedur dan tanpa surat dikeluarkan Lembaga Disiplin di samping penggantungan itu seolah-olah sudah bersalah.
Nnnn
