Naim teruskan legasi Bung Moktar

KINABATANGAN 24 Jan. – Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di kerusi Parlimen Kinabatangan pada pilihan raya kecil (PRK) hari ini selepas calonnya Mohd Kurniawan Naim Moktar, 32, menang dengan majoriti besar 14,214 undi.

Naim meneruskan legasi bapanya, Allahyarham Bung Moktar Radin apabila memperoleh 19,852 undi mengalahkan pencabarnya Datuk Saddi Abdul Rahman, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau (5,638 undi) dan calon Bebas, Goldam Hamid (946 undi).

Pengumuman keputusan rasmi dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dr Eddy Syaizul Rizam di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamag, di sini,

PRK Kinabatangan diadakan susulan kematian Bung Moktar, 66, yang juga bapa kepada Mohd Naim Kurniawan pada 5 Disember tahun lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Bung Moktar mempertahankan kerusi Parlimen itu untuk kali keenam selepas meraih majoriti 4,330 undi menewaskan pencabarnya, Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.

Eddy Syaizul Rizam berkata, sebanyak 369 kertas undi yang ditolak pada PRK itu.

Bung Moktar kali pertama menang pilihan raya atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon PBS, Ali Latip Taha di kerusi Parlimen Kinabatangan.

Pada masa itu, Bung Moktar mendapat majoriti 3,895 undi setelah meraih 8,141 undi berbanding lawannya, yang hanya memperoleh 4,246 undi.

Selepas kemenangan pertama dalam pilihan raya, Bung Moktar terus mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan atas tiket BN termasuk menang tanpa bertanding pada PRU 2004.

Bung Moktar juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag yang pertama setelah memenangi kerusi itu yang julung kali dipertandingkan pada PRN16 Sabah pada September 2020.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment