KINABATANGAN 24 Jan. – Barisan Nasional (BN) menerusi calon, Mohd Ismai Ayob mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dengan majoriti 5,681 undi.
Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dr Eddy Syaizul Rizam di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamag, di sini.
Mohd Ismail yang berdepan saingan calon Parti Warisan, Mazliwati Abdul Malek memperoleh 7,269 undi berbanding Mazliwati sebanyak 1,588 undi.
Mohd ismail atau lebih dikenali MIHA sebelum ini adalah calon Bebas untuk DUN Lamag dan beliau pesaing terkuat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.
MIHA ketika itu memperoleh 3,755 undi di belakang penyandang, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang memperoleh 3,908 dengan beza hanya 153 undi.
PRK DUN Lamaq diadakan serentak dengan kerusi Parlimen Kinabatangan susulan kematian Bung Moktar pada 5 Disember lalu.
Nnnn
