KUALA LUMPUR 15 Jan. – Calon pilihan raya dalam kalangan Wanita dan Puteri UMNO perlu diberi peluang secara adil termasuk bertanding di kerusi selamat dan berpotensi untuk menang, kata Ketua Puteri, Nurul Amal Mohd Fauzi. Katanya, adalah tidak adil kebolehan mereka dipersoalkan sejak awal sedangkan calon lelaki sering diberi laluan di kerusi berpotensi menang. “Kalau lelaki boleh ditawarkan bertanding di kerusi selamat dan berpotensi, kenapa tidak Puteri? “Janganlah Puteri hanya ditawarkan di kerusi sukar atau ‘tier three’, kemudian dipersoalkan mengapa tidak menang,” katanya ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Puteri UMNO,…
Read MoreDay: January 15, 2026
Perjuangan Akmal menentang DAP
ADAKAH keputusan Dr Muhamad Akmal Saleh meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka sesuatu yang wajar? Adakah keputusan itu bakal ‘dirai’? Adakah mereka sedang bersorak gembira dengan keputusan itu? Tidak sampai seminggu ‘dicabar’ oleh Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Ketua Pemuda UMNO itu mengumumkan peletakan jawatan Exco Melaka semasa berucap pada persidangan Pemuda Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hari ini. Bagaimanapun Akmal kekal sebagai pemimpin Pemuda UMNO. Desakannya hanya melibatkan Kerajaan Perpaduan. DAPSY pada 9 Januari lalu menggesa Akmal meletak jawatan sebagai Exco Melaka berikutan penegasan Presiden UMNO Dr…
Read MoreTunggu dulu surat letak jawatan – Rauf
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh akan mempertimbangkan pengumuman peletakan jawatan Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri itu. Katanya, ketetapan untuk menerima atau menolak peletakan jawatan Dr Muhamad Akmal itu adalah prerogatif beliau. Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka berkata, sebagai Ketua Menteri beliau akan menunggu surat rasmi untuk mempertimbangkan sama ada menerima atau menolak peletakan jawatan beliau dan ia tertakluk kepada perbincangan nanti. Sambil menghormati keputusan itu, Ab Rauf menyifatkan ketetapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu sebagai…
Read MoreKJ muncul di PAU selepas 3 tahun dipecat
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Selepas tiga tahun dipecat daripada UMNO, bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali KJ muncul pada persidangan Pemuda Perhimpunan Agung UMNO 2025 hari ini. Khairy dipecat daripada UMNO pada 2023 atas dakwaan memperlekeh dan mensabotaj kempen Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). “Hari ini saya kembali sebagai pemerhati dan insya-Allah selepas ini kita akan buat apa yang perlulah,” katanya ketika diktemui selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini. Ketika ditanya sama kehadirannya itu…
Read MoreAkmal letak jawatan Exco Melaka
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh hari mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka berkuat kuasa minggu depan. Muhamad Akmal yang memegang portfolio Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka bagaimanapun mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini. Menurut Muhamad Akmal, keputusannya meletakkan jawatan itu demi kepentingan parti disebabkan suara akar umbi yang menuntut UMNO tidak lagi bersama-sama…
Read MoreUMNO masih berdepan krisis kepercayaan rakyat
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh mengingatkan pimpinan UMNO bahawa parti itu perlu menerima realiti semasa bahawa krisis kepercayaan rakyat yang dihadapi UMNO masih belum pulih sungguhpun parti kini menjadi sebahagian kerajaan. Tegasnya, UMNO tidak boleh menyembunyikan hakikat itu, sebaliknya perlu bangkit memulihkan semula keyakinan rakyat di akar umbi. “Percaya atau tidak, setuju atau tidak, inilah hakikat yang tak boleh lagi kita sorok. Tahun pertama, tahun kedua, tahun ketiga bolehlah kita sorok dalam hati. Kita boleh bagi tahu ‘tak apa, kita masih ada masa…
Read MoreMalaysiakini diminta ke WTC mohon maaf
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Pemuda UMNO hari ini memberi tempoh 24 jam kepada portal berita Malaysiakini untuk hadir ke Dewan Merdeka dan meminta maaf secara terbuka, selepas meletakkan gambar babi dalam artikel berkait Perhimpunan Agung UMNO yang disiarkan semalam. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya tidak mahu portal berita itu untuk membuat artikel permohonan maaf. “Semalam ada satu kenyataan dan artikel daripada sebuah portal berita. Artikel tentang ‘Perhimpunan Agung UMNO menentukan hala tuju dalam Kerajaan Perpaduan’. Dia letak gambar babi. “Saya nak bagi tahu, saya dan Pergerakan Pemuda…
Read MoreFasa kedua pelan damai
WASHINGTON – Utusan Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff, mengumumkan bermulanya fasa kedua pelan Presiden Donald Trump untuk menamatkan perang di Gaza, dengan penubuhan sebuah kerajaan Palestin bersifat teknokrat di wilayah itu. Beliau berkata fasa kedua turut merangkumi usaha pembinaan semula serta penyahketenteraan sepenuhnya Gaza, termasuk pelucutan senjata Hamas dan kumpulan Palestin lain. “Amerika Syarikat menjangkakan Hamas mematuhi sepenuhnya semua kewajipannya,” kata beliau, sambil menegaskan kewajipan itu termasuk pemulangan jasad tebusan Israel terakhir yang terkorban. Di bawah fasa pertama, Hamas dan Israel bersetuju melaksanakan gencatan senjata pada Oktober, selain pertukaran tebusan-tahanan,…
Read More