KUALA LUMPUR 15 Jan. – Selepas tiga tahun dipecat daripada UMNO, bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali KJ muncul pada persidangan Pemuda Perhimpunan Agung UMNO 2025 hari ini.
Khairy dipecat daripada UMNO pada 2023 atas dakwaan memperlekeh dan mensabotaj kempen Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Hari ini saya kembali sebagai pemerhati dan insya-Allah selepas ini kita akan buat apa yang perlulah,” katanya ketika diktemui selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.
Ketika ditanya sama kehadirannya itu ibarat ‘selangkah’ untuk menyertai UMNO semula, Khairy memberi isyarat tidak tergesa-gesa berbuat demikian.
“Ya… once step at the time (selangkah demi selangkah). Insya-Allah,” kata bekas
Ahli Parlimen Rembau itu yang mengakui dirinya hari ini diselubungi emosi setelah kembali ke Perhimpunan Agung UMNO selepas tiga tahun dipecat.
Justeru, bekas Ketua Pemuda UMNO itu mengharapkan sesuatu yang baik akan menyusul selepas ini, namun tidak mengulas lanjut.
Dalam pada itu, Khairy menghargai jemputan daripada Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh termasuk berterima kasih kepada Dr Ahmad Ahmad Zahid Hamidi kerana memberi keizinan kepadanya untuk hadir.
“Alhamdulllah saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda, Datuk Dr Akmal kerana jemput saya balik untuk hadir di Perhimpunan Agung Pemuda.
“Saya nak ucapkan terima kasih…semalam saya jumpa dengan Datuk Seri Zahid di tahlil untuk (Allahyarham) Tun Abdul Razak.
“Selepas salam dia (Ahmad Zahid) saya tanya dia boleh ke saya datang (ke perhimpunan agung) hari ini? Saya kata kalau Datuk Seri tak nak saya datang, saya tak datang. Saya hanya datang kalau Datuk Seri bagi izinlah untuk saya datang.
“Saya ucapkan terima kasih sebab dia kata ‘please come’ (silalah datang). Jadi hari ini hari yang sangat sangat emotional (emosional) bagi saya (kerana) saya dapat pulang ke perhimpunan parti saya. Insya-Allah benda-benda baiklah selepas ini,” katanya.
Semalam Ahmad Zahid ketika sesi taklimat Presiden UMNO bersama perwakilan dilapor menyatakan keperluan supaya parti lebih terbuka dalam menerima kembali pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang ketika ini sudah meninggalkan perjuangan.
Nnnn
