Malaysiakini diminta ke WTC mohon maaf

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Pemuda UMNO hari ini memberi tempoh 24 jam kepada portal berita Malaysiakini untuk hadir ke Dewan Merdeka dan meminta maaf secara terbuka, selepas meletakkan gambar babi dalam artikel berkait Perhimpunan Agung UMNO yang disiarkan semalam.

Ketuanya,  Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya tidak mahu portal berita itu untuk membuat artikel permohonan maaf.

“Semalam ada satu kenyataan dan artikel daripada sebuah portal berita. Artikel tentang ‘Perhimpunan Agung UMNO menentukan hala tuju dalam Kerajaan Perpaduan’. Dia letak gambar babi.

“Saya nak bagi tahu, saya dan Pergerakan Pemuda beri kamu tempoh 24 jam. Kami tak nak kamu buat artikel minta maaf, tak nak.

Tapi kami tuntut kamu datang dewan ini, kamu minta maaf secara terbuka,” katanya semasa berucap dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, sekiranya portal berita itu tidak hadir dan meminta maaf di Dewan Merdeka, pihaknya akan hadir ke pejabat mereka.

“Kalau kamu tak datang dan minta maaf dalam dewan ini, kami akan pergi kepada kamu.

“Nak berlembut kita boleh berlembut. Kamu cakap baik-baik, kami boleh respon baik. Tetapi kalau kamu kurang ajar, saya dan juga pemuda boleh 100 kali kurang ajar kepada kamu,” katanya.

Related posts

Leave a Comment