KUALA LUMPUR 1 Jan. – Bekas Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan, Dahlan Maamor dan bekas Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang ) Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan antara 56 individu yang menyerahkan borang keahlian Pas Melaka. Pesuruhjaya Pas Melaka, Zulkifli Ismail, berkata penyerahan borang keahlian itu berlangsung pada Majlis Pelancaran Pusat Khidmat Muafakat Nasional (MN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, petang semalam. Beliau berkata, majlis itu berlangsung dalam suasana penuh semangat muafakat dan kebersamaan. “Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Presiden MN, Noh Omar dan Pengerusi Perhubungan Bersatu Melaka,…
Read MoreDay: January 1, 2026
Perintah khidmat masyarakat bermula
SEPANG 1 Jan – Mulai hari ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menguatkuasakan Perintah Khidmat Masyarakat bagi pesalah yang membuang sampah kecil di tempat awam. Orang ramai yang didapati bersalah berdepan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat hingga 12 jam dan denda hingga RM2,000 mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 atau Akta 672 dikuatkuasakan. Pesalah yang disabitkan dengan hukuman ini perlu menjalani aktiviti khidmat masyarakat sehingga 12 jam dalam tempoh enam bulan. Perintah Khidmat Masyarakat merangkumi mengutip sisa pepejal, menyapu sisa pepejal, mencuci, mengelap lantai, mengecat, membuang…
Read MoreRakiah menang BYD Sealion 7 JIMBA
KUALA LUMPUR 1 Jan. – Warga emas, dari Gua Musang, Kelantan berjaya membawa pulang sebuah kereta BYD Sealion 7 bernilai RM171, 585 menerusi Cabutan Bonanza Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) malam tadi. Rakiah Sulaiman, 60 jemaah umrah bersama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) pada Ogos lalu diumumkan dalam satu undian sistem elektronik melibatkan 11 nama peserta terpilih yang sebelum ini mendaftar pakej dengan Andalusia. “Alhamdulillah, syukur kepada Allah, terima kasih kepada Andalusia dapat hadiah kereta” kata Rakiah melalui video lintas langsung dari Gua Musang. Lebih menarik,…
Read MoreAkauntan rugi RM138,180
PASIR GUDANG 1 Jan. – Seorang Akauntan menanggung kerugian RM138,180 selepas hilang wang simpanan, selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud atas talian yang disertainya. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima aduan daripada wanita warga emas berusia 60 tahun itu semalam, 31 Disember. Katanya, wanita itu dijanjikan pulangan pelaburan sebanyak 20 peratus dalam tempoh yang singkat. Mangsa yang tertarik dengan pulangan lumayan ity telah melakukan transaksi pembayaran wang simpanannya bermula 15 Disember hingga 22 Disember lalu ke atas dua akaun…
Read MoreBerita pilihan….
Jutaan beri penghormatan terakhir
DHAKA – Jutaan rakyat Bangladesh yang berkabung memberi penghormatan terakhir kepada perdana menteri wanita pertamanya, Begum Khaleda Zia. Mereka termasuk pegawai tertinggi kerajaan, diplomat dan tetamu kenamaan dari Asia Selatan. Ketua Penasihat Kerajaan Interim, Muhammad Yunus, anak lelaki Khaleda Tarique Rahman, Ketua Hakim Negara Zubayer Rahman Chowdhury, pegawai tertinggi tentera, pemimpin Parti Warga Nasional (NCP) Nahid Islam serta ketua Jamaat-e-Islami Bangladesh, Shafiqur Rahman, antara yang menyertai solat jenazah di hadapan bangunan Parlimen. Kenamaan asing yang menghadiri upacara pengebumian itu termasuk Speaker Dewan Perhimpunan Kebangsaan Pakistan Sardar Ayaz Sadiq, Menteri Hal…
Read MoreBelanjawan PBB 2026 diluluskan
NEW YORK – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan belanjawan program organisasi itu bagi tahun 2026 yang berjumlah US$3.45 bilion. Jawatankuasa Kelima Perhimpunan Agung yang bertanggungjawab bagi urusan pentadbiran dan belanjawan meluluskan belanjawan itu. Belanjawan itu sebahagian besarnya mencerminkan cadangan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres bagi pemotongan sumber kewangan sebanyak 15 peratus serta pengurangan hampir 19 peratus daripada jumlah kakitangan. Rundingan mengenai belanjawan program 2026 itu menonjolkan kekangan kewangan yang sedang dihadapi serta inisiatif UN80 yang lebih luas, bertujuan meningkatkan kecekapan, mengurangkan pertindihan fungsi dan menyelaraskan sumber dengan mandat…
Read More