Dahlan, Khairuddin sertai Pas

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Bekas Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan,  Dahlan Maamor dan bekas Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang ) Wilayah Persekutuan,  Khairuddin Abu Hassan antara 56 individu yang menyerahkan borang keahlian Pas Melaka.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Zulkifli Ismail, berkata penyerahan borang keahlian itu berlangsung pada Majlis Pelancaran Pusat Khidmat Muafakat Nasional (MN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, petang semalam.

Beliau berkata, majlis itu berlangsung dalam suasana penuh semangat muafakat dan kebersamaan.

“Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Presiden MN,  Noh Omar dan Pengerusi Perhubungan Bersatu Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik.

Hadir sama Pengerusi MN Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Zulkifli berharap penubuhan pusat khidmat itu dapat menjadi wadah terbaik bagi memperkukuhkan perpaduan dan memperjuangkan kebajikan rakyat.

Beliau berkata, inisiatif itu juga diharap mampu memperkasa agenda MN demi kesejahteraan ummah dan pembangunan Melaka.

Nn

Related posts

Leave a Comment