PASIR GUDANG 1 Jan. – Seorang Akauntan menanggung kerugian RM138,180 selepas hilang wang simpanan, selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud atas talian yang disertainya.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima aduan daripada wanita warga emas berusia 60 tahun itu semalam, 31 Disember.
Katanya, wanita itu dijanjikan pulangan pelaburan sebanyak 20 peratus dalam tempoh yang singkat.
Mangsa yang tertarik dengan pulangan lumayan ity telah melakukan transaksi pembayaran wang simpanannya bermula 15 Disember hingga 22 Disember lalu ke atas dua akaun bank.
“Bagaimanapun, mangsa telah diarahkan untuk membuat pembayaran lagi bagi menuntut keuntungan yang diperolehinya. Mangsa merasa tertipu kerana dalam tempoh pelaburan itu, mangsa tidak pernah menerima sebarang keuntungan,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Justeru beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi sebaliknya membuat semakan sebelum melakukan sebarang bayaran.
Nnn
