Year: 2025
Putra anggap ‘Kabinet Bendera Putih’
SEPANG 18 Dis. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyifatkan penyusunan semula Kabinet Madani sebagai ‘Kabinet Bendera Putih’ yang menyerah jiwa dan raga demi mengekalkan kedudukan seorang Perdana Menteri yang parti sendiri tidak memiliki majoriti. Presidennya, Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mendakwa, apa yang berlaku bukan rombakan pentadbiran tetapi penyerahan kuasa secara sukarela dan terbuka yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sesebuah bangsa. Beliau berkata, persoalan sebenar bukan siapa yang dilantik, tetapi siapa yang memberi arahan dan siapa yang tunduk. “Fakta asasnya mudah, DAP mengugut, dan Kabinet berubah. Tiada kebakaran,…
Read MoreAgenda bumiputera di bawah menteri DAP
Oleh Tan Sri Noh Omar PELANTIKAN menteri baharu bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam rombakan Kabinet semalam menimbulkan kejutan persoalan dalam kalangan usahawan Bumiputera. Sebagai bekas Menteri yang pernah dua kali menerajui kementerian iaitu pada 2008 dan 2021, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan menyatakan pandangan demi kepentingan masa depan usahawan Bumiputera. Matlamat utama KUSKOP adalah jelas iaitu memperkasa usahawan Bumiputera, membangunkan ekosistem keusahawanan negara dan menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan menjelang 2030. Fokus ini diterjemahkan melalui pemerkasaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), peningkatan sumbangan usahawan Bumiputera…
Read MoreBerita pilihan…
2 kes baharu selesema burung di Korea Selatan
SEOUL – Dua kes baharu selesema burung berpatogen tinggi (AI) dilaporkan di ladang ayam penelur di wilayah tengah Korea Selatan, meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 14 kes sejak musim sejuk bermula Kes selesema burung H5N1 dikesan di sebuah ladang di Goesan, Wilayah Chungcheong Utara, kira-kira 130 kilometer (km) ke tenggara Seoul, serta di satu lagi ladang di Cheonan, Wilayah Chungcheong Selatan, kira-kira 90km ke selatan ibu negara. Menurut Ibu Pejabat Pengurusan Bencana Pusat (CDMH), ladang di Cheonan itu kini melaporkan empat kes selesema burung berpatogen tinggi sejak 2020, termasuk wabak terbaharu…
Read MoreAS$50 juta hadiah negara juara Piala Dunia
LONDON – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan hadiah wang tunai sebanyak US$50 juta akan ditawarkan kepada negara juara Piala Dunia musim panas akan datang. Majlis FIFA meluluskan jumlah hadiah itu dalam satu mesyuarat di Doha dengan jumlah keseluruhan dana yang disediakan untuk negara bertanding ditetapkan sebanyak US$727 juta, meningkat 50 peratus berbanding Piala Dunia 2022 di Qatar. Setiap negara akan menerima US$1.5 juta daripada FIFA bagi kos persediaan, serta sekurang-kurangnya tambahan US$9 juta kerana beraksi di peringkat kumpulan. Pengesahan ini dibuat ketika kumpulan peminat menuduh FIFA bermain “permainan PR” berkaitan…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 18.12.2025
Rombakan tekanan politik atau habuan kuasa?
KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak membangkitkan rasa curiga terhadap hala tuju sebenar rombakan Kabinet Madani yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam. Ketua Penbangkang Hamzah Zainudin berkata, dalam tempoh 24 jam, beliau menerima banyak maklum balas dan keresahan daripada rakyat. Dalam satu kenyataan menerusi Facebook, Ahli Parlimen Larut itu berkata, rakyat berhak bertanya, sama ada rombakan Kabinet itu yang melibatkan kementerian tertentu akibat tekanan politik atau habuan kuasa? “Persoalan ini berasas, terutamanya apabila kementerian-kementerian yang mempunyai pengaruh besar terhadap kerajaan tempatan dan wilayah, kini dikuasai satu parti yang sebelum ini…
Read More2.2 juta kenderaan di lebuh raya
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Sempena cuti persekolahan akhir tahun dan perayaan Krismas, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendaliannya pada hari puncak 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini. Dalam kenyataannya hari ini, PLUS memaklumkan jangkaan itu termasuk pada 2 Januari 2026 dengan Smart Lane akan diaktifkan di 30 lokasi tumpuan trafik bagi membantu aliran trafik di lebuh raya sempena musim percutian dan perayaan kali ini. Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal…
Read MoreSentiasa turun padang dengar suara rakyat
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihatkan anggota Jemaah Menteri supaya sentiasa menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi dan komitmen tinggi. Baginda menasihatkan mereka supaya sentiasa menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti serta mengutamakan kepentingan rakyat. Menurut Seri Paduka Baginda, keutamaan kerajaan antara lain perlu menitikberatkan kesejahteraan rakyat, kestabilan negara serta kemakmuran ekonomi, seiring dengan prinsip tadbir urus yang baik. “Menteri dan Timbalan Menteri perlu sentiasa turun padang mendengar suara rakyat. Anda perlu menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi dan komitmen tinggi,” titah…
Read More