SEREMBAN 20 Dis. – Allahyarham Bung Moktar Radin pernah berpesan supaya anaknya, Naim Kurniawan diberi peluang meneruskan khidmat bakti di kawasan Kinabatangan jika sesuatu berlaku kepada dirinya. Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan, berkata pesanan itu dititip Allahyarham kepada Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Antara pesanan terakhir Bung Moktar Radin ialah agar anaknya diberi peluang meneruskan khidmat bakti di kawasan jika sesuatu berlaku kepada dirinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Khatan Perdana, di Taman Pinggiran Senawang, di sini, hari…
Read MoreYear: 2025
Kabinet bercampur selera – Hadi Awang
Minda Presiden PAS KABINET BERCAMPUR SELERA SAYA tidak mahu campur tangan terhadap pelbagai pihak yang membuat ulasan sama ada secara positif ataupun negatif terhadap anggota kabinet menteri atau ramuannya, sehingga menyebut salah laku dan rekod lama yang terpalit terhadap tokoh-tokoh yang dinamakan. Mungkin sesuai dengan Malaysia Madani yang bersifat mutlak yang menjadi tabii manusia seperti air mutlak yang dibincangkan dalam kitab fiqh Islam. Bilamana hukumnya boleh berubah mengikut apa-apa yang menjadi campurannya, termasuk yang bersih tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci dan minum, walaupun harum baunya dan jernih pada zahirnya.…
Read MoreBerita pilihan….
Saudi pastikan operasi pengangkutan haji lancar
MAKKAH – Bagi memastikan operasi pengangkutan yang cekap, Suruhanjaya Diraja bagi Makkah dan Tanah Suci menetapkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi penyedia perkhidmatan pengangkutan haji pada musim akan datang. Penyedia perkhidmatan pengangkutan haji berisiko didenda sehingga SR100,000 (RM108,697) jika disabitkan kesalahan melanggar peraturan kawal selia perkhidmatan itu bagi musim haji akan datang. Pesalah juga berdepan hukuman digugurkan daripada menyertai operasi haji bagi sekurang-kurangnya satu musim dan tidak melebihi tiga musim serta pembatalan lesen operasi perkhidmatan haji secara kekal, bergantung tahap keseriusan pelanggaran. Ia terkandung dalam draf peraturan mengawal selia aktiviti…
Read MoreKebuluran di Gaza berakhir
ROME – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggap kebuluran yang diisytiharkan di Gaza pada Ogos lalu kini sudah berakhir susulan peningkatan akses bantuan kemanusiaan. Bagaimanapun, PBB menegaskan keadaan di wilayah Palestin itu masih sangat membimbangkan kerana seluruh Gaza masih dikategorikan berada pada tahap kecemasan dari segi bekalan makanan. Menurut Inisiatif Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC), tiada kawasan yang kini diklasifikasikan sebagai mengalami kebuluran. IPC adalah gabungan pemantau yang ditugaskan oleh PBB untuk memberi amaran awal mengenai krisis yang bakal berlaku. Menurut IPC, walaupun tiada lagi kawasan yang diklasifikasikan sebagai kebuluran,…
Read MoreMedia Hari Ini Sabtu 20.12.2025
PAU 2025 kekal 14 hingga 17 Januari
KUALA LUMPUR 19 Dis. – Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) akan berlangsung seperti dijadualkan pada 14 sehingga 17 Januari 2026 depan, walaupun bertembung dengan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Lamag. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kelonggaran diberi perwakilan dari Sabah susulan pertindihan tarikh sama ada mereka boleh datang secara fizikal ataupun mereka sertai secara dalam talian. Beliau yang juga Pengerusi MARA berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan High Innovation Product and Service Expo (HIPEX) 2025 di Kompleks MARA Halal Industrial Park (MIHP) di sini,…
Read MoreBerita pilihan…
Suhu panas, penduduk saman kerajaan
TOKYO – Sebanyak 452 penduduk Jepun memfailkan saman di Mahkamah Daerah Tokyo serta menuntut pampasan 1,000 yen bagi setiap plaintif, selepas mendakwa kerajaan tidak memberi respons memadai terhadap perubahan iklim . Jepun pada ketika ini berdepan musim panas dengan suhu purata direkodkan jauh lebih tinggi berbanding rekod sebelum ini, menjadikannya musim panas paling panas sejak rekod bermula pada 1898. Menurut akhbar Asahi Shimbun, penduduk berhujah bahawa peningkatan haba melampau dan kekerapan bencana alam yang mengancam nyawa, kesihatan serta harta benda, sekali gus melanggar hak mereka untuk hidup dengan tenang serta…
Read MoreKematian tokoh gerakan belia cetus protes
DHAKA – Kematian Sharif Osman Hadi, tokoh utama gerakan belia yang menjatuhkan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, mencetuskan gelombang protes dan serangan terhadap media. Keganasan meletus di beberapa bandar utama Bangladesh selepas Hadi, 32, ditembak penyerang bertopeng ketika keluar dari sebuah masjid di Dhaka minggu lalu dan meninggal dunia akibat kecederaan pada Khamis ketika menerima rawatan di Singapura. Serangan itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Bangladesh mengumumkan tarikh pilihan raya pertama sejak kebangkitan rakyat pada 2024, pilihan raya yang dirancang Hadi untuk sertai sebagai calon bebas. Berita kematiannya mencetuskan kemarahan…
Read More