SEPANG 17 Dis. – Pelantikan aktivis Marhamah Rosli sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebenarnya satu ‘pelempang’ (dialek utara membawa maksud penampar) kepada Parti Amanah Negara (Amanah). Exco Pemuda parti itu Azri Abdullah berkata, kerajaan boleh memilih wakilnya seperti Timbalan Presiden Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat atau Ketua Pemuda Hasbie Muda. “Takkan la takde (tak ada) satu pun ahli Amanah yang layak terlibat di Kementerian Agama? Boleh pilih YB Mujahid, YB Suhaizan atau YB Hasbie,” kata Azri di aplikasi X. Sebagai anggota Dewan…
Read MoreYear: 2025
Jawatan Kabinet ‘bunga emas’ politik?
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Pas bimbang dengan persepsi meluas yang mengatakan pelantikan dalam rombakan Kabinet semalam dibuat tidak berlandaskan merit atau keperluan dasar sebaliknya susulan tekanan dan tawar menawar politik. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata, Pas turut mengambil perhatian tentang spekulasi bahawa rombakan Kabinet itu berkait rapat dengan kata dua politik oleh DAP. Ia termasuk ancaman parti itu untuk menarik diri daripada kerajaan sekiranya beberapa tuntutan termasuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekolah-sekolah persendirian Cina tidak dipenuhi. “Pas beranggapan sekiranya jawatan Kabinet digunakan sebagai ‘bunga…
Read MoreKabinet: Bijaksana tangani sentimen
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sentimen rakyat dalam kalangan netizen berhubung rombakan Kabinet yang berlegar di media sosial semalam tidak boleh dipandang ringan. “Sentimen sebegini tidak boleh dipandang enteng dan perlu ditangani secara bijaksana,” katanya menerusi Facebook. Menerusi hantaran itu beliau ‘mengutip atau merumuskan’ sentimen netizen atau warganet yang memperkatakan tentang beberapa pelantikan Kabinet termasuk kenapa Menteri Wilayah Persekutuan seorang berbangsa Cina DAP dan Timbalan Menteri juga seorang berbangsa Cina GRS. “Apakah nasib Bumiputera bandar? Apakah ini permulaan untuk Pilihanraya Kerajaan Tempatan…
Read MoreIstiadat angkat sumpah jawatan
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Tujuh menteri termasuk dua yang baharu dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini, susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani. Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu, berlangsung di Singgahsana Kecil pada pukul 10 pagi. Pada masa sama, lapan timbalan menteri yang baharu dilantik turut mengangkat sumpah jawatan. Semalam, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio, berikutan kekosongan dalam Kabinet dan keperluan untuk membuat…
Read MoreKabinet Madani 17 Dis. 2025
SENARAI Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Madani Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri II: Datuk Seri Fadillah Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi): Datuk Seri Azalina Othman Said Timbalan Menteri : M.Kulasegaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan): Hannah Yeoh Timbalan Menteri: Lo Su Fui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Datuk Mustapha Sakmud Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Dr Zulkifli Hasan Timbalan Menteri: Marhamah Rosli…
Read MoreBerita pilihan….
Enam lagi negara dikenakan sekatan
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memperluaskan larangan perjalanan ke AS dengan menghalang kemasukan warga dari enam lagi negara mukai 1 Januari ini menjadikan 12 negara kesemuanya. Enam negara itu adalah Burkina Faso, Mali, Niger, Sudan Selatan Syria dan pemegang pasport Pihak Berkuasa Palestin (PA). Trump sebelum ini sudah mengharamkan kemasukan warga Somalia, Afghanistan, Chad, Republik Congo, Equatorial Guinea, Eritrea, Haiti, Iran, Libya, Myanmar, Sudan dan Yaman. Trump, yang sejak sekian lama berkempen untuk menyekat imigresen dan kini menggunakan nada semakin keras, bertindak mengharamkan kemasukan warga asing yang…
Read MoreMesyuarat fasa kedua gencatan senjata
BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dijangka mengadakan mesyuarat penting pada Khamis ini bagi membincangkan pelaksanaan fasa kedua gencatan senjata di Gaza, menurut laporan media Israel. Mesyuarat itu dilihat sebagai langkah penentu dalam menentukan hala tuju rundingan seterusnya antara Israel dan Hamas, menjadi titik tolak penting dalam menentukan sama ada gencatan senjata dapat diteruskan atau konflik kembali memuncak Sebelum ini, fasa pertama gencatan senjata menyaksikan pertukaran tahanan dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza. Mesyuarat tersebut dijangka melibatkan pegawai kanan keselamatan dan tentera Israel, dengan fokus utama kepada syarat-syarat lanjutan…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 17.12.2025
DAP dapat tambahan Timbalan Menteri
PUTRAJAYA 16 Dis. – Parti Tindakan Demokratik (DAP), kekal dengan lima menteri dalam rombakan Kabinet Madani dan mendapat tambahan satu jawatan Timbalan Menteri menjadikannya tujuh orang. Bagaimanapun terdapat perubahan portfolio melibatkan menteri dan juga timbalan menteri dalam rombakan yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Dua Timbalan Setiausaha Agung DAP, iaitu Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong (P: Bukit Mertajam) yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang kini sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala Menteri Belia dan Sukan Hanna Yeoh (P: Segambut) ke Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Setiausah Agung…
Read More