PAU 2025 kekal 14 hingga 17 Januari

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) akan berlangsung seperti dijadualkan pada 14 sehingga 17 Januari 2026 depan, walaupun bertembung dengan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Lamag.

Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kelonggaran diberi perwakilan dari Sabah susulan pertindihan tarikh sama ada mereka boleh datang secara fizikal ataupun mereka sertai secara dalam talian.

Beliau yang juga Pengerusi MARA berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan High Innovation Product and Service Expo (HIPEX) 2025 di Kompleks MARA Halal Industrial Park (MIHP) di sini, hari ini.

Oktober lalu, UMNO menangguhkan PAU 2025 kepada 14 hingga 17 Januari tahun depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bagaimanapun, kematian penyandang kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, pada 5 Disember lalu membawa kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 10 Januari manaka hari pengundian  pada 24 Januari ini dengan penamaan calon pada 10 Januari dan pengundian awal pada  20 Januari.

Related posts

Leave a Comment