KANGAR 30 – Semua empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, langkah tersebut terpaksa diambil susulan pendirian Pas yang memilih untuk tidak menyertai barisan Exco kerajaan negeri, walaupun parti itu kekal bersama Perikatan Nasional (PN) di negeri itu. “Kerajaan Perlis tiada pilihan selain melantik semua ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memastikan pentadbiran negeri dapat diteruskan secara stabil dan mengikut peruntukan undang-undang,”…
Read MoreDay: December 30, 2025
Cari titik persamaan, henti bertelagah
SEPANG 30 Dis. – Mursyidul Am Pas Hashim Jasin menyeru seluruh kepemimpinan politik dan rakyat untuk kembali kepada agenda penyatuan ummah dengan mencari titik persamaan demi kestabilan negara. Katanya, tenaga dan masa yang ada sepatutnya digembleng untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat, ekonomi, dan kedaulatan negara, bukannya dihabiskan untuk bertelagah sesama sendiri. “Kita perlu berlapang dada dan membuang ego untuk duduk berbincang atau setidak-tidaknya mengamalkan politik matang dan sejahtera. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya menjadi asbab untuk kita bermusuh sehingga memutuskan silaturahim. Kepada ahli-ahli dan penyokong Pas khususnya, serta…
Read MoreKetua Pemuda DAPSY Pulai keluar parti
JOHOR BAHRU 30 Dis . – Selepas sembilan tahun aktif sebagai ahli, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulai, Sor Wat Kit mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya sekali gus keluar daripada parti itu. Tindakan itu menyusul selepas empat pemimpin DAPSY Johor, termasuk Ketuanya, Loh Wei Jian mengumumkan peletakan jawatan masing-masing susulan peningkatan komitmen dalam urusan organisasi tersebut. Wat Kit berkata, keputusan dibuat selepas tidak lagi bersetuju dengan beberapa pendekatan dan keputusan kepemimpinan Pusat serta DAPSY Johor. Bekas Pengarah Biro Hal Ehwal Mahasiswa DAPSY Johor dan Setiausaha DAP Cawangan Taman Sutera…
Read MoreBekas calon Bebas wakili BN pada PRK Lamag
KOTA KINABALU 30 Dis. – Mohd Ismail Ayob (MIHA), calon yang bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 pada 29 November lalu, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Lamag yang dijadual 24 Januari depan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Jafry Ariffin, mengumumkan pemilihan itu pada Majlis Bersama Media di Bangunan UMNO Sabah di sini, petang ini. Katanya, pemilihan Ismail sebagai calon perpaduan melalui kapasiti keahlian terus BN mengambil kira pilihan raya yang baru saja berakhir. Beliau berkata, pendekatan itu…
Read MoreSemoga ETS3 ‘tidak ganggu’ pengguna komuter
TAHNIAH kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang ‘meraikan’ perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) laluan KL Sentral–Johor Bahru, seterusnya menjadi penghubung pengangkutan rel utara selatan, Padang Besar – JB Sentral. Bagi pengguna yang mahukan perjalanan lebih pantas antara Johor Bahru – KL dan sebaliknya tentu menyambut baik kerana ETS3 dijangka mengurangkan masa perjalanan kepada sekitar 4.5 jam, berbanding jalan raya, lima hingga tujuh jam. Perkhidmatan ini juga diharap dapat menjana pendapatan KTMB walaupun sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tanggungjawab sosial perlu digalas berbanding mengaut keuntungan melalui perkhidmatan komuter dan ETS.…
Read MoreAhmad Faizal letak jawatan Pengerusi PN Perak
KUALA LUMPUR 30 Dis. – Naib Presiden Bersatu , Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026. Menerusi kenyataan di Facebooknya, Ahmad Faizal mengambil pendirian sama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan meletak jawatan awal bulan depan. “Mengambil maklum keputusan Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN serta menghormati bahawa kuasa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, dengan ini saya memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi PN Perak berkuat kuasa 1…
Read MoreAzmin letak jawatan SUA PN
KUALA LUMPUR 30 Dis. – Mohamed Azmin Ali mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi gabungan parti pembangkang itu. Beliau mengumumkan keputusan itu menerusi satu kenyataan ringkas menerusi Facebooknya hari ini. “Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN Muhyiddin Yassin. Maka saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN bermula 1 Januari 2026,” katanya. Azmin diumumkan sebagai Setiausaha Agung PN pada 10 Disember tahun lalu, menggantikan Hamzah Zainudin. Dalam pada itu Azmin…
Read MorePas tolak jawatan Exco Perlis
KUALA LUMPUR 30 Dis. – Krisis politik di Perlis berterusan apabila Pas memutuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu tidak akan menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pimpinan Menteri Besar Perlis yang baharu, Abu Bakar Hamzah. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, berkata semua anggota Exco sedia ada daripada Pas akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai tanda solidariti dan seiring peletakan jawatan bekas Menteri Besar daripada parti itu, Mohd Shukri Ramli. Bagaimanapun dalam kenyataannya, Pas komited untuk meneruskan kelangsungan dan keberadaan Pas dalam Kerajaan Negeri Perlis selaras dengan mandat yang…
Read MoreMuhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
SEPANG 30 Dis. – Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Januari ini. Bekas Perdana Menteri itu mengetuai gabungan yang kini dianggotai Pas dan Gerakan sejak 7 Ogos 2020, iaitu tarikh ia didaftarkan secara rasmi. Menerusi kenyataan media yang dimuatnaik di Facebook, Muhyiddin turut melahirkan penghargaan kepada semua kepemimpinan PN atas sokongan kepada beliau sepanjang memimpin gabungan terbabit selama lima tahun. “Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu yang…
Read More