KUALA LUMPUR 30 Dis. – Mohamed Azmin Ali mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi gabungan parti pembangkang itu.
Beliau mengumumkan keputusan itu menerusi satu kenyataan ringkas menerusi Facebooknya hari ini.
“Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN Muhyiddin Yassin. Maka saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN bermula 1 Januari 2026,” katanya.
Azmin diumumkan sebagai Setiausaha Agung PN pada 10 Disember tahun lalu, menggantikan Hamzah Zainudin.
Dalam pada itu Azmin juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa tarikh yang sama, 1 Januari 2026.
“Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih” katanya.
Nnn
