Ahmad Faizal letak jawatan Pengerusi PN Perak

KUALA LUMPUR 30 Dis.  – Naib Presiden Bersatu , Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Menerusi kenyataan di Facebooknya, Ahmad Faizal mengambil pendirian sama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan meletak jawatan awal bulan depan.

“Mengambil maklum keputusan Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN serta menghormati bahawa kuasa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, dengan ini saya memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi PN Perak berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen PN Negeri Perak atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya menggalas amanah ini,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Selain Muhyiddin, Mohamed Azmin juga mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Turut bertindak serupa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong,  Dr Sahruddin Jamal dengan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi PN Johor, sambil menyatakan tindakannya itu dibuat susulan peletakan jawatan oleh Muhyiddin.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment