Pas gugur keahlian 3 ADUN Perlis

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat hari ini, memutuskan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis yang mewakili parti itu terhenti serta merta keahlian sebagai ahli Pas. Mereka adalah Saad Seman, (DUN Chuping); Fakhrul Anwar Ismail (DUN Bintong) ADUN Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan malam ini mengumumkan ketetapan tersebut hasil mesyuarat yang berlangsung di Pejabat Presiden di Rusila, Marang. “Adalah dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang pada hari ini, Rabu 24 Disember 2025, telah…

Read More

UMNO perlu nilai semula kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR 24 Dis. – UMNO perlu menilai semula kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya apa yang berlaku berkaitan Titah Adendum membabitkan Najib Razak, dilihat bercanggah prinsip perjuangan parti khususnya dalam mempertahankan kedaulatan raja-raja. Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah,  yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata pendirian itu penting bagi memastikan parti kekal berpegang kepada undang-undang dan Perlembagaan UMNO yang menjadi asas perjuangan sejak penubuhannya. Malahan jika kepemimpinan UMNO beranggapan isu itu bertentangan dengan prinsip parti, maka pemimpin parti yang memegang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan perlu mempertimbang untuk melepaskan kuasa atau…

Read More

Penduduk bukan warganegara 3.38 juta

PUTRAJAYA  24 Dis. – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menganggarkan penduduk bukan warganegara di Malaysia berjumlah 3.38 juta pada 2025, dengan kadar pertumbuhan tahunan menurun kepada -0.5 peratus berbanding 2024. Berdasarkan Statistik Migrasi Antarabangsa, Malaysia, 2025 dikeluarkan DOSM hari ini, komposisi penduduk bukan warganegara turut menunjukkan penurunan daripada 10.0 peratus pada 2024 kepada 9.9 peratus pada 2025. Menurut kenyataan DOSM hari ini, secara keseluruhan, 33 daerah pentadbiran mencatatkan komposisi penduduk bukan warganegara melebihi paras nasional (9.9 peratus) pada 2025. Sabah mencatatkan peratusan paling tinggi iaitu seramai 1.04 juta penduduk asing, Selangor…

Read More

Selangor catat kos kehidupan wajar tertinggi

PUTRAJAYA  24 Dis. – Indikator Kos Sara Hidup Malaysia 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan Selangor mencatat kos kehidupan wajar tertinggi bagi semua saiz isi rumah, manakala Kelantan, Kedah dan Perlis antara negeri dengan kos terendah. Menurut DOSM, penerbitan itu memperkenalkan Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW), iaitu indikator baharu bagi mengukur tahap perbelanjaan minimum yang diperlukan untuk mengekalkan kehidupan wajar merentas negeri, daerah pentadbiran dan ibu negeri. Indeks berkenaan menggunakan Kuala Lumpur sebagai rujukan dengan nilai 100, manakala lokasi lain diukur secara relatif, dengan nilai lebih rendah…

Read More

Dr: Pengamal perubatan perlu daftar MMC

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Penggunaan gelaran ‘Dr’ tidak memberi hak kepada individu untuk menjadi seorang pengamal perubatan di negara ini sekiranya tidak berdaftar sebagai seorang pengamal perubatan dengan Majlis Perubatan Malaysia. MMC dalam satu kenyataan hari ini berkata, kebenaran untuk mengamalkan perubatan adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Akta Perubatan 1971 dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya. “Bagi graduan perubatan yang memperoleh kelayakan daripada program perubatan yang tidak tersenarai dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971, pertimbangan bagi tujuan pendaftaran untuk menjalankan amalan perubatan adalah tertakluk kepada keperluan ditetapkan di bawah…

Read More

40,482 pemilih baharu November

PUTRAJAYA 24 Dis. – Sebanyak 40,482 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 November 2025 didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu yang kini boleh disemak sehingga 21 Januari 2026. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Khairul Shahril Idrus berkata, semakan boleh dibuat melalui Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2025 (DPT BLN11/2025) yang diperaku pada 22 Disember dan diwartakan 23 Disember. Selain itu, DPT BLN11/2025 juga mengandungi 14,131 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,303 orang pemilih bertukar kategori pengundi atau status.…

Read More

Rombakan diplomat Kedutaan AS

WASHINGTON – Hampir 30 diplomat kerjaya daripada jawatan duta dan kedudukan kanan di kedutaan Amerika Syarikat (AS) dipanggil pulang dalam usaha merombak semula dasar diplomatik negara itu di luar negara selaras dengan agenda “America First.” Menurut laporan media yang memetik dua pegawai Jabatan Negara AS yang enggan dikenali, ketua misi di sekurang-kurangnya 29 negara dimaklumkan minggu lalu bahawa tempoh perkhidmatan mereka akan berakhir pada Januari 2026. Kesemua mereka dilantik ketika pentadbiran Presiden Joe Biden dan sebelum ini terselamat daripada pembersihan awal pada bulan-bulan pertama penggal kedua Trump yang menyasarkan lantikan…

Read More

Laluan warga emas, OKU di Masjidilharam

MAKKAH – Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi memperuntukkan laluan khusus bagi warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di dalam Masjidilharam. Laluan itu bertujuan memudahkan pelaksanaan ibadah serta menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa bagi meningkatkan rasa tenang dan khusyuk, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan agensi itu untuk menambah baik kualiti perkhidmatan kepada jemaah. Menurut pihak berkenaan, laluan-laluan itu disusun dengan teliti di lokasi strategik bagi memudahkan pergerakan serta mengurangkan kesulitan yang mungkin dihadapi kumpulan terbabit ketika masuk, keluar, atau bergerak di antara aras yang…

Read More